in

Angkara ‘Doktor Hantu’, Lelaki Ini Maut Lepas Buat ‘Surgery’ Nak Muka Ada ‘V-Line’

Kwon Dae Hee 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang mahu kelihatan cantik atau tampan, jadi, tidak hairanlah ada sesetengah individu yang rela menjalani pembedahan plastik demi mencapai rupa paras ideal mereka.

Kwon E1622258043381

Sekitar tahun 2016, Kwon Dae-Hee, 24, adalah seorang pelajar universiti yang pintar. Pun begitu, seperti kebanyakan individu, Kwon insecure dengan rupa parasnya dan percaya pembedahan plastik mampu untuk menjadikan dirinya lebih berjaya, lapor CNN.


Meskipun abang dan ibunya cuba untuk meyakinkan Kwon untuk tidak melakukan pembedahan terbabit, lelaki itu telah membuat janji temu dengan sebuah klinik pembedahan plastik terkenal di Gangnam yang hanya dikenali sebagai Center A untuk melakukan pembedahan rahang untuk menukar wajahnya yang berbentuk petak kepada bentuk tirus seperti huruf V.

Pada tarikh 8 September 2016, Kwon telah menjalani pembedahan yang difahamkan bernilai kira-kira 6.5 juta won namun ia berakhir dengan tragedi selepas lelaki itu meninggal dunia kira-kira tujuh minggu kemudian.

“14 tahun dalam perniagaan dan tak pernah ada satu masalah” – Center A

Memetik laporan Koreaboo, rakan mendiang Kwon berkata, lelaki ini sangat confident dengan kebolehan doktor yang akan menjalankan pembedahan ke atas dirinya.

Center A E1622258075927

Malah, menurut papan iklan Center A juga mereka mendakwa selama 14 tahun dalam perniagaan itu, mereka tidak pernah mengalami apa-apa masalah. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempromosikan ketua doktor akan lakukan pembedahan dari mula sehingga tamat.

Berikut merupakan kronologi kejadian:

Kwon Dae Hee E1622255370645

Kwon Dae Hee 3 E1622255603502

Kwon Dae Hee 4 E1622255646662

 

Kwon Dae Hee 2 E1622255403505

 

Mangsa ‘ghost doctor’

Lapor CNN, abang Kwon bernama Tae-hoon menerima panggilan telefon daripada sebuah hospital yang menyuruhnya datang ke institut terbabit kerana adiknya dimasukkan ke bilik kecemasan.

Walau bagaimanapun, hospital itu menyakinkan Tae-hoon mengenai kondisi adiknya tidaklah terlalu serius dan Tae-hoon menganggap adiknya terlibat dalam sebuah pergaduhan selepas minum di sebuah bar.

Namun begitu, Kwon tidak pernah sedarkan diri dan meninggal dunia tujuh minggu selepas menjadi mangsa ghost doctor di Center A.

Untuk info, ghost doctor merujuk kepada seseorang individu kurang berpengalaman yang menjalankan pembedahan yang sepatutnya dilakukan pakar bedah lain semasa pesakit sudah diberikan general anesthesia.

Aktivis mendakwa kelemahan penguatkuasaan menyebabkan banyak klinik kecantikan mempraktikkan amalan ini, ditambah pula dengan permintaan tinggi untuk pembedahan plastik di negara itu.

Berdasarkan undang-undang Korea Selatan, mereka yang didapati menjalankan kegiatan ini boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara dan denda kira-kira RM182,000.

Mom E1622258120346

Kini ibu Kwon Dae-hee mendedikasikan hidupnya untuk mendedahkan kebenaran mengenai Center A dan untuk memberi pengetahuan kepada warga Korea Selatan mengenai perkara yang mungkin berlaku di sebalik pintu bilik pembedahan yang tertutup.

Sumber: Koreaboo, CNN

Baca: “Nak cantik macam dia” – Doktor Pembedahan Plastik Dedah Ramai Yang Nak Wajah Macam Tzuyu Twice

Feature 3 E1622257294178

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.