in

“Nak cantik macam dia” – Doktor Pembedahan Plastik Dedah Ramai Yang Nak Wajah Macam Tzuyu Twice

Feature 3 E1622257294178

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan TWICE iaitu kumpulan K-POP popular dari Korea Selatan ni kan? Masa dorang datang Malaysia pada tahun 2019, memang ramai sangat yang membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil masa tu.


Disebabkan semua kesembilan ahli kumpulan Twice ni cantik-cantik belaka, kali ini admin nak kongsikan bahawa wajah Tzuyu Twice telah menjadi wajah idaman ramai wanita di Jepun untuk pembedahan plastik, lapor Allkpop.

Tzuyu 2

Perkara itu telah didedahkan oleh Klinik Takasu yang merupakan sebuah klinik pembedahan plastik yang terkenal di Nagoya, Jepun baru-baru ini.

Pengarah klinik, Mikiya Takasu telah menyenaraikan wajah selebriti wanita yang sering menjadi pilihan wanita untuk plastic surgery di klinik itu dan Tzuyu merupakan satu-satunya artis K-Pop yang tersenarai.

Difahamkan, dalam senarai itu, nama Tzuyu yang kini berusia 21 tahun itu berada di tempat ketujuh. Tak pelik kalau ramai yang nak jadi macam dia sebab Tzuyu ni memang cantik pun. 

Untuk pengetahuan korang, Tzuyu yang berasal dari Taiwan juga pernah dinobatkan sebagai ‘Most Beautiful Faces of 2019’ oleh TC Candler. Menurut pakar pembedahan plastik, Tzuyu memiliki wajah yang cantik dengan natural beauty dan flawless.

Anda fikir mungkin anda boleh kelihatan seperti Tzuyu namun susah sebenarnya sebab sukar untuk dapatkan bentuk muka sepertinya, ‘ katanya lagi.

Dengan tinggi 170 cm, Tzuyu sememangnya cantik persis model. Dengar kata, artis wanita ini juga menjadi antara artis K-POP yang sering dicari di internet di negara matahari terbit itu.

Baca: “Lisa BLACKPINK & Tzuyu Twice pun kalah” – Son Ye Jin Dinobatkan Wanita Paling Cantik Di Dunia!

Tzuyu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.