in

Anda Akan Didenda Sehingga RM1,000 Jika Kehilangan Pasport!

Pasport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasport Malaysia sangat dikenali dengan dokumen pelancongan sangat diingini ramai kerana kita dibenarkan untuk melancong ke 156 negara tanpa visa atau mendapatkan visa-on-arrival. Namun, makin lama rakyat Malaysia menjadi semakin cuai dengan dokumen penting ini. Setuju tak?

Pasport1
sumber: the rakyat post

Terdahulu, Jabatan Imigresen telah mengumumkan bahawa mereka sedang merancang untuk mengenakan bayaran bagi kehilangan pasport, sepertimana jika kehilangan kad pengenalan. Bagaimanapun, selepas itu, tiada berita tentang jumlah denda yang akan dikenakan bagi mereka yang kehilangan pasport. Namun kini perancangan itu sudahpun berjalanan.


Menurut The Star, sebanyak 72% orang yang telah kehilangan pasport mereka pada tahun ini menjawab “tidak ingat” apabila ditanya dimana pasport mereka diletakkan.

Disebabkan itu, Jabatan Imigresen membuat keputusan untuk meneruskan perancangan mengenakan denda bagi kehilangan pasport.

Pasport2
sumber: the star

“Pemegang pasport perlu lebih bertanggungjawab dan berhati-hati. Pasport rakyat Malaysia bukanlah murah untuk dibuat, dan sangat berkualiti. Mengenakan denda bagi mereka yang kehilangan pasport akan membuatkan mereka lebih bertanggungjawab.”

Maka, penalti kehilangan pasport akan bermula pada harga RM200 untuk kali pertama, RM500 kali kedua dan RM1,000 untuk kali ketiga. Banyaknya, so better jaga elok elok la pasport korang tu!

Pasport3
sumber: mike yip

Semestinya, jumlah itu tidaklah termasuk kos membuat semula pasport yang baru. Jangan risau, jika pasport anda hilang di atas sebab yang tak dijangka seperti kecurian atau bencana kerana Jabatan Imigresen akan mempertimbangkan faktor sebegitu. Mereka juga akan menyiasat untuk memastikan bahawa dakwaan itu benar. Jangan main main!

Tambahan pula, jabatan itu akan mempertimbangkan untuk meletakkan pemegang pasport yang kehilangan terlalu kerap dalam senarai pengharaman. Penalti ini dijangka akan mula dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Make sure korang jaga betul betul pasport tu kalau taknak duit melayang.

Baca: Janjikan Kerja Sambil Bercuti di Switzerland Bergaji RM15,000 Rupanya Pasport Wanita Ini Dijual Sindiket

Sindiket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.