in

Anak Demam Panas, Mak Cuma ‘Google’ Untuk Ubati, Tiba-tiba Anak Makin Melarat. Rupa-Rupanya…

Googlesakit

Zaman-zaman digital ni semua benda boleh dapat dihujung jari je, nak tahu segala info korang Google je senang, tapi jangan lah sampai semua perkara nak Google. Sampai sakit pun nak minta bantuan Google, korang mesti pernah buat kan?

Macam kes ini, ia dah makin melarat apabila si ibu ini melakukan perkara yang sama apabila anak dia demam panas tanpa membuat rundingan dengan doktor yang jauh lebih arif.

 

Anak demam panas, ibu cuba Google

Menerusi WORLD OF BUZZ, seorang ibu dari Taiwan cuba untuk mencari remedi secara online untuk sembuhkan demam anak dia tu.

Salah satu info yang dia dapat cuba kena biarkan anaknya berehat dan tunggu sembuh secara semulajadi. Dia pun ikut je lah.

Katanya, info tu menjelaskan yang demam tu cuma sistem penyembuhan imun badan, ibu baoa tak perlu risau, cuma kena rajin pantau anak dan semuanya akan baik. Whaaattt?!

Bagaimanapun, lepas dua hari, anak dia mula menunjukkan satu gejala pelik yang dipanggil “lidah strawberi” (bintik-bintik tumbuh dekat lidah).

Tongue
Sumber : shutterstock

Apa ibu dia buat? Dia Google lagi dan mendapati anaknya kelihatan mengalami gejala samada adenovirus, demam merah atau penyakit Kawasaki.

 

Demam makin melarat sampai ada gejala pelik, cuma dengar cakap Google

Tanpa usul periksa, si ibu ni cuba buat andaian sendiri yang anaknya mungkin terkena adenovirus, memandangkan tak ada vaksin untuk penyakit ini dia biarkan je anak dia terperuk dalam rumah.

Dua hari kemudian anak lelaki itu mula mengalami ruam. Pun masih tak berapa nak risau sangat!

Lepas enam hari, demam panas anak dia makin menjadi-jadi dan si ibu dah mula risau. Lepas si ibu semak jawapan dekat internet LAGI SEKALI, dia syak anak dia mungkin terkena penyakit Kawasaki dan terus bergegas bawa anak dia ke hospital untuk dapatkan rawatan.

 

Sah! kena penyakit Kawasaki

Kawasaki T800 768X532 1
Sumber : kpbs

Doktor melihat bibir anak dia pecah-pecah, tapak tangan dan kaki kemerahan, mata merah dan ‘lidah strawberi’. Sah! Anak dia memang menghidap penyakit Kawasaki.

Kawasaki menyebabkan keradangan di dinding arteri bersaiz sederhana di seluruh badan. Ini  selalu dialami oleh kanak-kanak. Keradangan cenderung mempengaruhi arteri koronari, yang membekalkan darah ke otot jantung”–  Mayo Clinic.

Disebabkan itu, lelaki tersebut terpaksa di tahan di wad agak lama untuk merawat jantungnya. Kata doktor, penyakit Kawasaki ini selalu dialami oleh kanak-kanak dalam lingkungan 6 bulan ke 5 tahun.

Jadi, lepas dengar kisah ni jangan lah simply-simply ikut cakap Google tu, buat rundingan sebab ada yang kita tak tahu. 

 

Baca : Agensi Memandu Didakwa Banyak Pau Duit Customer, Bila Google Memang Banyak Bad Review

Kes