in

Amaran Ribut Petir Setiap Hari Pada Sebelah Petang, DBKL Minta Warga KL Berwaspada Cuaca Buruk Hingga Sabtu Ini

Ribut Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari ini, korang mesti perasan kan yang terdapat perubahan cuaca yang agak ekstrem sehingga mengakibatkan beberapa bencana berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor seperti banjir kilat dan pokok tumbang.


Menurut Berita Harian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi posting di Facebook telah memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada berikutan cuaca buruk yang dijangka akan berterusan sehingga Sabtu ini di ibu kota.

Peka dengan perubahan cuaca kebelakangan ini, Jika berlaku banjir kilat di kawasan anda, Sila hubungi Bilik Gerakan DBKL…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, April 13, 2021

 

Ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dari 11 hingga 17 April juga menunjukkan amaran ribut petir pada sebelah petang pada setiap hari di beberapa tempat. Uish patutlah asal petang je mesti hujan kan? 

Warga kota dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Jika berlaku banjir kilat di kawasan anda, hubungi Bilik Gerakan DBKL di talian 03-40244424 untuk tindakan kecemasan,” katanya.

Menurut MET Malaysia lagi, perubahan cuaca yang berlaku ini disebabkan musim peralihan monsun yang kebiasaannya berlaku pada bulan Mac hingga pertengahan Mei dan September hingga Oktober nanti.

?Peralihan Monsun adalah tempoh peralihan antara dua monsun utama iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut….

Posted by Malaysian Meteorological Department on Tuesday, April 13, 2021

 

Banjir kilat hingga sesak jalan raya, pokok tumbang sekitar KL 

Susulan daripada hujan lebat beserta ribut yang berlaku semalam, beberapa laluan di sekitar ibu kota juga dilaporkan dinaiki air hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat hujan turun berterusan sejak jam 4.30 petang.

Antara jalan yang dinaiki air termasuklah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

DBKL juga pada masa yang sama ada melaporkan aktiviti pembersihan pokok tumbang yang berlaku di kawasan perumahan dan jalan besar akibat daripada hujan lebat yang berlaku baru-baru ini.

BERTINDAK PANTASDBKL bertindak pantas melaksanakan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang akibat…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, April 13, 2021

 

Eii takutnya tengok hujan dan angin kuat semalam. Harapnya kita semua berwaspada selalu. 

Baca: “Nasib kakak tu sempat lari” – Hujan & Ribut Pada Ramadan Pertama, Dinding Kaca Bangunan Etiqa Pecah Berderai!

Etiqa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.