Sejak kebelakangan ini, negara kita sedang berhadapan dengan perubahan cuaca yang agak ekstrem sehingga mengakibatkan hujan lebat serta ribut petir yang kuat.
Malah semalam, beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa, hujan lebat serta ribut petir telah melanda kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehingga mengakibatkan beberapa kemalangan berlaku di sesetengah tempat.
Dinding kaca pecah berderai!
Menerusi perkongsian video daripada Jayyidkhairir di Twitter, satu insiden telah berlaku di Bangunan Akademi Etiqa (berdekatan LRT Masjid Jamek) yang mana dinding kaca di bangunan tersebut pecah dan runtuh akibat ditolak ribut yang kuat.
Video tersebut menunjukkan orang ramai memasuki bangunan itu kerana hujan lebat dan tiba-tiba dinding kaca di sebelah tepi bangunan itu runtuh mengakibatkan beberapa orang wanita yang berdiri berdekatan berlari ke tempat yang selamat. Adoi ngeri!
Bangunan etiqa masjid jamek pic.twitter.com/d92Mu5w67S
— ♬ ┐Jayyidkhairir┌ ♬ツ (@jayyidkhairir) April 13, 2021
Serpihan kaca yang pecah itu dapat dilihat berderai dekat mesin ATM di bangunan berkenaan dan ‘blinders’ yang menutupi cermin juga terkoyak jatuh.
“Allahu nasib kakak-kakak tu sempat lari”
Menurut sumber, tiada kemalangan serius dilaporkan berlaku susulan insiden terbabit. Pun begitu, netizen yang melihat video itu ternyata sangat takut dan ngeri dengan situasi yang berlaku. Mujurlah semua sempat lari masa kaca tu jatuh kan!
Menerusi update terbaru daripada empunya tweet, bahagian dinding kaca yang pecah tersebut telah pun ditutup dengan ‘blinders’ baru buat sementara waktu sebelum ia dibaiki.
Today’s update. For the time being cover with blinds only pic.twitter.com/BaNX4h7TRY
— ♬ ┐Jayyidkhairir┌ ♬ツ (@jayyidkhairir) April 14, 2021
Harap-harap petang ni tak hujan lebat dan ribut lagi lah kan. Kesian kat staf yang bekerja di sana.