in

“Allah macam tak percaya” – Ibu Hampir Rebah, Terlalu Gembira Anak Hadiahkan Banglo Lepas Berpuluh Tahun Tinggal Di Flat

Hadiahkan Banglo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impian seorang anak yang baik dan soleh pastinya ingin membahagiakan ibu bapa yang telah membesarkan mereka ke dunia ini setelah melalui bermacam-macam dugaan.


Meskipun apa yang kita beri pada ibu bapa kita ini tidaklah sehebat mana kalau nak dibanding dengan pengorbanan yang mereka dah buat selama ini, tapi sedikit sebanyak admin yakin perkara itu pasti akan menggembirakan hati ibu bapa kita.

Hal inilah yang dilakukan seorang usahawan kosmetik, Juzailah Shariff yang baru-baru ini telah menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo selepas berpuluh tahun wanita tersebut tinggal di rumah flat.

 

“Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini” 

Menerusi postingnya di Instagram, Juzailah telah berkongsi video detik-detik gembira dia menghadiahkan rumah banglo kepada ibunya yang selama ini menurutnya telah membesarkan mereka sejak dari kecil sehinggalah berjaya sampai sekarang.

“Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah sekarang. 

“Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.” katanya.

Ibu Juzailah yang juga seorang ibu tunggal sebelum ini tinggal di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul sejak berpuluh tahun lamanya dan telah membesarkan keempat-empat anaknya di rumah tersebut.

 

“Mula-mula ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah…” 

Walau bagaimanapun, kegembiraan kejutan tersebut tiba-tiba bertukar cemas apabila ibu Juzailah tiba-tiba hampir rebah. Apa yang lebih membimbangkan, wanita itu katanya menghidap penyakit jantung. Allahu… 

Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah…

“Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan macam mana berderau ada saya!” katanya.

Ibu Rebah

Sebaik ibunya reda dan sedikit stabil petang itu, ibu Juzailah menerangkan yang dia hampir rebah sebentar tadi kerana tidak percaya yang Allah beri rezeki buat anak-anaknya sehingga dia dapat menumpang hidup duduk di rumah selesa.

“Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi?

“Ummi jawab “bersyukur sangat pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dekat anak-anak ummi, dapat menumpang hidup duduk rumah selesa”

“Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji.” 

 

“Speechless… hanya mampu mengalirkan air mata” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa sangat terharu dengan apa yang dilakukan Juzailah dan berharap mereka juga dapat melakukan perkara yang sama buat ibu bapa mereka. Min pun sebak tengok… 

Mother

Semoga Allah SWT merahmati mereka yang sentiasa membahagiakan ibu bapa yang telah membesarkan mereka dari kecil hinggalah dewasa. Amin… 

Baca: “Akhirnya saya boleh move on..” – Anak Gembira Ibu ‘Pulang’ Lepas 10 Tahun Dihanyut Tsunami

Pulang

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.