in

“Akhirnya saya boleh move on…” – Anak Gembira Ibu ‘Pulang’ Lepas 10 Tahun Dihanyut Tsunami

Akhirnya Saya Boleh Move On... Anak Gembira Ibu Pulang Lepas 10 Tahun Dihanyut Tsunami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya sangat gembira ibu dah ‘balik’ menjelang 10 tahun tragedi. Kini, emosi saya lebih terurus dan saya dapat teruskan hidup.”


Itu adalah kata-kata penghargaan seorang lelaki warga Jepun selepas mayat ibunya yang hilang semenjak 10 tahun lalu akhirnya ditemui.

Tsunami 2011 E1614994976819

Memetik laporan media tempatan, ibu lelaki berkenaan, Okuyama Natsuko dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak besar tsunami pada 11 Mac 2011.

10 tahun selepas tragedi terbabit, polis Jepun dilapor telah menemukan rangka dan tengkorak manusia di sebuah pantai di timur laut Miyagi pada 17 Februari lalu.

Menurut jurucakap polis, keputusan hasil ujian DNA yang dikeluarkan pada minggu ini mendedahkan rangka yang dijumpai adalah Okuyama Natsuko. Penemuan itu sekali gus menyelesaikan kes kehilangan wanita yang ketika kejadian berusia 61 tahun itu.

Untuk info, pada Disember 2020, agensi polis kebangsaan Jepun merekodkan angka kematian rasmi akibat tsunami pada tahun 2011 adalah sebanyak 15, 899.

Selain itu, tragedi itu turut mengakibatkan kemusnahan loji nuklear.

Japan Tsunami E1614995126502

Selepas 10 tahun bencana, difahamkan, lebih 2,500 mangsa masih lagi berstatus hilang. Rata- rata keluarga dilapor sukar untuk menerima hakikat kehilangan itu memandangkan tiada mayat yang dijumpai.

Sumber: The Straits Times

Baca: Hilang Isteri Masa Tsunami 2004, Doa Suami Termakbul Lepas 14 Tahun Jumpa Jasad Secara Tak Sengaja

Tsunami E1614994617896

Sumber: The Atlantic
Sumber: Kyodo News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.