in

“Allah kesian kat anak2…” – Pernah Viral Selongkar Sampah Cari Makan, Ibu Anak 4 Ditahan Positif Dadah

Dadah Positif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang wanita terpaksa selongkar tong sampah untuk mencari makanan buat anak-anaknya.


Simpati dengan keadaan wanita tersebut, perakam video telah menghulurkan bantuan dan video tersebut mendapat respon positif daripada netizen ramai.

Walau bagaimanapun, menurut Berita Harian, wanita terbabit semalam telah ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya dekat Kampung Nelayan, Tumpat kerana positif dadah. Aduhai… 

Ibu kepada empat orang anak yang berusia 36 tahun ini telah ditahan sekitar jam 8.30 pagi bersama adiknya yang berusia 34 tahun.

149948137 1819577704886598 8472175669687858528 N

149990907 1819577764886592 836243195926079529 N

Malah ketika ditahan, wanita tersebut juga dalam keadaan khayal dadah dipercayai mengambil pil kuda.

Semasa berada di pejabat AADK Daerah Tumpat, wanita tersebut dilihat berada dalam keadaan gelisah dan mendakwa sedang mengalami ‘bengkak susu’ kerana tidak menyusu anak bongsunya yang berusia setahun empat bulan lepas beberapa jam ditahan.

149705879 1819577728219929 1622228582366279622 N

 

“Sudah lama ambil pil kuda tapi berhenti sejak mengandung anak bongsu…”

Bila ditanya alasan mengambil dadah, wanita itu mendakwa dia mengalami tekanan perasaan dan berdepan dengan pelbagai masalah hingga menyebabkan dia mengambil jalan singkat susulan ditinggalkan suaminya dua tahun lalu.

Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda tapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu tapi kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup.

“Banyak masalah saya hadapi termasuk memikirkan suami yang entah ke mana menghilang, kemiskinan hidup dan masyarakat sekitar yang sentiasa memandang serong terhadap saya sekeluarga,” katanya.

150385693 1819577808219921 7174649461994753166 N

Wanita itu pada masa yang sama mengaku membeli pil kuda dengan hasil jualan besi buruk yang diselongkarnya dari tong sampah.

Terdahulu, susulan viral videonya menyelongkar timbunan sampah, wanita ini telah mendapat bantuan daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Dia juga merupakan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Apa-apapun admin harap adalah pihak yang menjaga anak-anaknya dengan baik. Kasihan dengan nasib mereka, sudahlah susah ibu pulak menagih dadah. 

Baca: “Ada org lg susah” – Ibu Cari Barang Di Tong Sampah Buat Netizen Bergenang Air Mata

Sampah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.