Walaupun hari wanita sedunia sudah lama berlalu, ia tak bermakna untuk kita lupakan nilai-nilai, jasa dan pengorbanan seorang wanita yang menjadi tulang belakang untuk lelaki. Misalnya macam isteri dan ibu kita.
Golongan wanita sebeginilah yang sepatutnya diangkat dan dihargai, bukannya anggap bahawa mereka ini hanya penganggu dan tempat untuk kita cari bila sedang dalam kesusahan, tapi bila senang diabaikan macam Albert Einstein ini lakukan.
Seperti yang kita tahu Albert Einstein ini merupakan seorang tokoh yang disanjungi. Namun boleh dikatakan ada ‘sisi gelap’ disebalik kejayaannya menjadi ahli sains teragung pada abad ke 20. Baca kisah selanjutnya daripada Zamir Mohyedin ini
Isteri pertama, Meliva penyumbang terbesar pada kejayaannya, tapi tak pernah kredit.
Biarpun dia sudha dinobatkan sebagai seorang tokoh, tapi beliau bukanlah menunjukkan ciri-ciri seorang suami yang bagus.
Ketika dia mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Meliva Maric, dia telah berjaya membuatkan pelajar terbaik dari Zurich Polytechnic ini cair kerana Meliva bukanlah seorang yang suka bercinta.
Mereka berdua akhirnya berkahwin, pada waktu itu Einstein yang pada mulanya ingin menjadi pensyarah. Tapi tak dapat, dia bekerja di pejabat Paten dan dari situlah dia mula naik. Tapi sebenarnya Meliva adalah penyumbang terbesar disebalik kejayaannya itu.
Menjadi seorang saintis merupakan cita-cita Meliva sejak dari kecil dia berharap dengan bantuannya memajukan Einstein ini dapat melonjakkan dirinya.
Tapi harapan itu terkubur apabila mereka akhirnya bercerai kerana sikap Einstein yang tak mahu jaga anak dan terbeban dengan tanggungjawab rumah tangga selain daripada tidak memberikan sebarang kredit kepadanya. Tambah lagi Einstein curang!
Scandal denagn sepupu sendiri
Meliva ada idola yang bernama Marie Curie, seorang ahli fizik yang terkenal. Boleh dikatakan, kepintaran mereka ini sama taraf. Tapi Marie Curie jauh lebih berjaya, kerana sikap suami mereka yang jauh beza.
Marie Curie jadi santis ternama, tapi Maliva hanyalah surirumah biasa
Kalau korang nak tahu cerita yang lebih lanjut korang boleh tonton drama bersiri berjudul Genius. Cerita itu olahan daripada kisah Einstein melalui satu buku pada dirinya.
Hmm, apa pun daripada cerita ini memang betul lah orang kata lelaki diuji masa ada segalanya dan wanita diuji masa suami tak ada apa-apa, kesian Meliva.
Baca : 14 Filem Hebat Tentang Manusia Genius Yang Boleh Anda Tonton di Hujung Minggu