Tampil sebagai pengacara karpet merah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH) baru-baru ini, penampilan penyanyi Sissy Iman menerima kecaman netizen.
Ini kerana ramai yang mengatakan penampilannya kelihatan agak pelik dan tidak menarik pada pandangan mata mereka.
Disebabkan hal tersebut, bapa Sissy iaitu Mohammad Kamil Mostaff tampil membuat kenyataan bahawa dialah individu yang menata rias anaknya pada acara tersebut, lapor mStar.
https://www.instagram.com/p/CHkBMwuHnpu/
“Penampilan anak aku dikecam hebat di ABPBH 2020. Akulah penyebabnya tapi aku bangga dia dah lakukan yang terbaik malam itu. Biarlah orang nak kutuk pun, aku akur dan sedar diri bukan siapa-siapa.
“Aku seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan. Aku tetap akan lakukan sehabis baik selagi diperlukan dan selagi kudrat masih ada,” katanya.
Malah agak sedih apabila dia mengakui yang tiada orang yang mahu memberikan sponsor pakaian buat Sissy dan busana tersebut juga merupakan hasil tangannya bersengkang mata menjahitnya buat anak.
Tak ada hamba Allah yang nak sponsor dan benar-benar dekati pun. Baik busana mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun di tempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta.
“Daripada awal aku sendiri yang bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan di baju. Entah berapa ribu kali jari ini tertusuk dek jarum. Mata ini bukanlah terang sangat pun,” katanya lagi.
https://www.instagram.com/p/CHmsdMonIAK/
Tambah bapanya lagi, semua ini dilakukan buat anaknya supaya sekurang-kurangnya Sissy kelihatan cantik, sopan dan tertib di majlis tersebut.
“Aku ni bukanlah professional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku. Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mahu berada sama tuk memastikan she looks good di mata aku.
“Sekurang-kurangnya dia berada dalam keadaan sopan serta tertib dan sampai aku terlupa aku ni bertongkat. Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah saja yang tahu,” katanya lagi.
Besar pengorbanan dan usaha bapa Sissy ni ye demi nak lihatnya cantik dan berjaya di atas pentas. All the best Sissy. Mana tahu lepas ni ada sponsor kan?
Baca: “Tak ada niat untuk promote” – Shaheizy Sam Mohon Maaf Bawa Pod Atas Pentas Malam ABPBH