in

“Aku tak suka, sbb dia Kelantan” – Lelaki ‘Terpaksa’ Batal Pertunangan Sebab Awek Benci Orang Kelantan

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang dulu-dulu, “kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan”. Kadang-kadang tu kita dah rancang beriya-iya tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa tangguh atau batalkan.


Di Twitter, seorang lelaki offer cincin free pada salah seorang pengikutnya yang bertuah sebab lepas bercinta selama 6 tahun, dorang tak ada jodoh dan memilih untuk putus.

https://twitter.com/Bangyeem/status/1150063833982963713?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1150063833982963713&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fman-giving-away-engagement-ring-long-term-gf-doesnt-like-people-kelantan%2F

Menurut Bangyeem, keputusan ini dibuat lepas dia solat istikharah dan atas nasihat keluarga kedua-dua belah pihak, perhubungan dorang tak boleh diteruskan lagi.

Namun, menerusi temubual bersama mStar, Bangyeem menceritakan kisah sebenar yang berlaku disebalik keputusannya ini.

Menurut Bangyeem, dia dah merancang untuk bertunang pada bulan Oktober akan datang ni, tapi terpaksa ditangguhkan sebab dan beri laluan pada kenduri kahwin adik lelakinya yang akan berlangsung pada bulan September.

“Tapi jodoh kami tak panjang kerana rancangan untuk bertunang dibatalkan, berlaku konflik antara kami sehingga membabitkan keluarga pada awal bulan ini.

“Biasalah kalau berlaku pergaduhan dalam perhubungan, dan bila babitkan keluarga tanpa dapat diselesaikan di pihak kami terlebih dulu, ia akan burukkan keadaan.”

Tambah dia lagi, sepanjang perhubungan mereka, lelaki ni banyak mengalah kerana memikirkan dia sayang dengan bekas kekasihnya ini.

Bukan itu saja, menurut lelaki ini, bekas kekasihnya tak menghormati dirinya dan keluarganya serta tempat kelahiran bakal adik iparnya turut menjadi isu dalam perhubungan mereka ni. Eh asal pulak?

“Adik saya bakal kahwin dengan orang Kelantan. Sejak kenal dengan bekas kekasih, dia memang beritahu yang dia tak suka orang Kelantan.”

Dia kata permpuan dari Kelantan ni pengotor, lelaki pula gatal… dan ini pandangan dia berdasarkan pengalaman.”

“So, dia tak boleh terima hakikat atau berdepan dengan orang Kelantan, lebih-lebih lagi kalau ada dalam keluarga kami.”

“Tunang adik saya bakal jadi keluarga kami, patutnya dia kena hormat dan terima seadanya.”

Screenshot 2019 07 19 At 11.54.12 Am
Sumber: mstar

Walaupun kecewa kerana hasratnya untuk memperisterikan bekas kekasihnya ini tak kesampaian, Bangyeem terpaksa redha dengan apa yang berlaku dan menasihatkan orang ramai untuk jangan tunggu lama-lama dan terus meminang kalau dah stabil.

Bangyeem juga telah membatalkan hasrat dia untuk bagi free cincin tunangnya itu selepas orang ramai menasihatinya untuk menjual semula cincin tersebut.

Kesian Bangyeem, moga dia dapat jumpa jodoh yang lebih baik.

 

Baca: “Sumpah taknak naik lagi” – ‘Ride’ Taman Tema Terputus Dua Sampai Orang Terpelanting Masa Tengah Bergayut

Screenshot 2019 07 19 At 12.05.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.