in

“Aku form 4 tengok…” – Ungku Ismail Respon Isu Remaja Mudah Terpengaruh, Tekankan Peranan Ibu Bapa

Syaz Ft 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu berkaitan jenayah dan salah laku di sekolah kini semakin membimbangkan, perkara ini menjadi isu bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Tampil memberikan pandangan peribadinya mengenai isu ini, pelakon terkenal Ungku Ismail Aziz menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini berkongsi perspektif mendalam tentang cabaran sebenar mendidik anak-anak.


Artikel berkaitan: “Untukmu para mangsa penggosip” – Ungku Ismail Muat Naik ‘Story’ Perli Siapa?

Artikel berkaitan: Terbeban Masalah Kewangan, Remaja 19 Tahun Rancang Penculikan Sendiri Minta Wang Tebusan RM26K

Menurut Ungku Ismail, setiap anak mempunyai tahap penerimaan dan ketahanan yang berbeza terhadap pengaruh di sekeliling mereka. Bagi menjelaskan situasi tersebut, beliau sempat berseloroh mengimbau pengalaman zaman remajanya.

 

View on Threads

 

 “Ada budak mudah terpengaruh, ada budak tidak. Aku form 4 tengok American Pie takde pulak nak sumbat anu dalam pie. Didikan, bimbingan, larangan ketat dari ibubapa itu penting dan harus berterusan selagi kita ibubapa mereka,” tulisnya.

Jelasnya lagi, ibu bapa tidak boleh lepas tangan atau menganggap tugas mendidik itu sudah selesai hanya kerana anak-anak menunjukkan pencapaian yang baik dari segi akademik.

 “Kadang anak kita ni scorer, kita rasa dia dah bagus, a good child, kita confident dia takkan buat benda aneh-aneh. Akademik, aqal, akhlaq, aqeedah ini semua harus sentiasa diperiksa, diperhati dan dipelihara,” tegasnya lagi.

Pandangan tegas pelakon ini secara tidak langsung memberi peringatan buat masyarakat agar tidak terburu-buru menghakimi cabaran yang dihadapi oleh setiap keluarga.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.