Beberapa hari kebelakangan ini, dunia hiburan kecoh dengan isu perselisihan di antara pelakon-pelakon hebat iaitu Nabila Huda, Nad Zainal serta Sharifah Sakinah.
Suami kepada Nad Zainal, Ungku Ismail ibarat memberikan respon terhadap isu yang terpalit dengan isterinya itu, menerusi laman Instagram miliknya Ungku Ismail memuat naik sebuah gambar yang berbicara mengenai mereka yang menjadi mangsa gosip.
“Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu, mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu.
Mungkin dia akan membahayakan duniamu. Tapi yang jelas, ia sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana dipindah pahalanya.
Maka biarkan saja, biar dia meneruskannya. Berbaloi kan, dapat pahala percuma tanpa ibadah?,” tulis story itu.
Perkara itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah yang diperli oleh pelakon drama siri Teman Lelaki Upahan itu.
Sebagai info, sebelum ini timbul khabar angin yang mengatakan bahawa hubungan persahabatan antara Sherry Alhadad dan Nad Zainal kian rapuh dan ada khabar angin yang mengatakan mereka saling bermasam muka.
Apa-apa pun kita bersangka baik je ok?
Baca: “Banyak pahala kitaorang dapat” – Ungku Ismail Bidas Tuduhan Netizen Dakwa Dia & Nad Zainal Sombong