Saban tahun, jenayah ragut seakan-akan tiada noktahnya apabila kes macam ni makin lama makin meningkat dan kerap berlaku di mana-mana saja.
Terbaru tular di Facebook Penang Kini, seorang wanita telah disahkan meninggal dunia semalam selepas koma akibat diragut pada 23 November tahun lepas. Lebih menyedihkan, wanita ini mempunyai seorang anak berusia 8 bulan yang masih tak mengerti apa-apa. Allahu…
“Arwah menjadi mangsa ragut ketika hendak pergi kerja. Patah 3 tulang di leher, pecah bibir dan koma…”
Menurut posting tersebut, mangsa cedera parah lepas terjatuh daripada motosikal selepas diragut. Akibat daripada kejadian itu, Nur Farahdila Zulkifli yang kritikal telah dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Dia katanya telah mengalami kecederaan patah 3 tulang di leher, pecah bibir, bengkak jari tengah dan koma hingga ke hembusan nafas terakhir. Mangsa meninggalkan anak lelaki berusia 8 bulan yang masih kecil.
“Yang diragut sekarang dah tiada… yang peragut pulak senang lenang di muka bumi Allah nikmati hasil tak seberapa”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini sangat bersimpati dengan nasib anak tersebut dan keluarganya. Kebanyakannya mengecam peragut dan menyatakan inilah sebabnya kenapa peragut tidak sepatutnya dibiarkan atau diberi peluang kedua.
Betul-betul sedih bila terjadi benda macam ni kan. Apa-apapun harapnya penjenayah ni dapat ditangkap. Al fatihah dan takziah admin ucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.