in

“AJL tak pernah, GV All Star tersingkir” – Individu ‘Disekolahkan’ Lepas Pertikai Noryn Aziz Menjadi Juri AJL 38

Ft Noryn Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari telah dinobatkan sebagai juara untuk Anugerah Juara Lagu ke-38 malam tadi.


Sejak AJL 38 berlangsung semalam, ia rancak diperkatakan sehinggalah ke hari ini dan bermacam-macam aspek yang menjadi buah mulut netizen. Antaranya, persembahan penyanyi lain, pengendalian kamera, malah ada juga yang mempertikaikan integriti salah seorang juri iaitu Noryn Aziz.

Artikel berkaitan : Ketua Juri AJL Kongsi Lagu ‘Top 5’ & Mengapa Aina Abdul Menang Vokal Terbaik

Artikel berkaitan : “Lagu ‘A’ memang dah menang dah, tiba-tiba..” – Aizat Amdan ‘Spill Tea’ Pemenang AJL Dah Dirancang?

Ada individu mempersoalkan mengapa Noryn Aziz menjadi salah seorang barisan juri profesional untuk acara berprestij itu. Dakwanya, Noryn Aziz tidak pernah bertanding AJL dan penglibatannya dalam Gegar Vaganza All Star sebelum ini pun tidaklah hingga ke final dan tersingkir. Oleh itu, individu tersebut pelik bagaimana Noryn Aziz terpilih menjadi juri.

Screenshot 2024 03 04 153012

Kenyataan itu telah mengundang kecaman netizen, ada yang memberikan kata-kata ‘padu’ kepada pemuda ini dengan kongsikan maklumat mengenai Noryn serta membuat perbandingan beserta contoh dalam isu ini.

 

“Jadi manusia, biar berilmu” – Netizen

Noryn Noryn 2 Noryn 3 Noryn 4

Sebagai info, naib juara AJL 38 telah menjadi milik lagu Sutera dendangan Aisha Retno yang juga komposer serta penulis lirik bersama MFMF.

Manakala, tempat ketiga disandang oleh lagu Jangan Mati Rasa Itu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul dan beliau juga menerima anugerah bagi Penyanyi Pilihan Alha Alfa dan vokal terbaik dalam AJL ke-38 ini.

Sumber: X, Kosmo!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.