in

Air Ketuban Pecah Dalam Kesesakan Lebuhraya DASH, Wanita Minta Maaf Guna Lorong Kecemasan

Syaz Ft 2026 08 26T172844.486

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan suami isteri pasti mendambakan detik kelahiran anak berjalan lancar. Namun, lain pula kisahnya bagi satu pasangan ini apabila berdepan situasi detik cemas sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Menerusi satu hantaran yang tular di aplikasi Threads, pengguna akaun @svrvchvn tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal di Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).


Menurut wanita berkenaan, kenderaan yang dinaiki bersama suaminya terpaksa menggunakan lorong kecemasan berikutan kesesakan lalu lintas yang teruk dari arah plaza tol menuju ke Hospital Pakar KPJ.

Artikel berkaitan: Hubungi Talian Kecemasan Tak Dijawab, Bayi Meninggal Dunia Akibat Lemas Semasa Lahirkan Di Rumah

Artikel berkaitan: “Saya ada sekali dalam bilik bersalin” – Sharifah Shahirah Sebak Terkenangkan Detik Amyza Aznan Lahirkan Andre Mikael

 

View on Threads

 

Jelasnya lagi, tindakan tersebut dibuat dalam keadaan terdesak selepas cecair ketubannya sudah pun pecah dan dia mengalami kesakitan yang teramat sangat. Suaminya juga telah menyalakan lampu isyarat kecemasan (double signal) bagi memberi tanda kepada pengguna lain.

Meskipun begitu, wanita berkenaan mendakwa terdapat beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta yang enggan memberi laluan serta kelihatan marah dengan tindakan mereka, dipercayai kerana masing-masing tergesa-gesa mengejar masa.

Cats 18

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memahami situasi kecemasan berkenaan dan mendoakan agar urusan proses kelahiran bayi wanita tersebut dipermudahkan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.