in

Aeril Zafrel Kongsi Ada Heroin ‘Perasan Sendiri’, Sangka Dia Suka Padanya

Ft Aeril Zafrel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendedahan daripada Bella Astillah mengenai seorang pelakon baharu yang cuba nak ‘sondol’ suaminya, Aliff Aziz menjadi perhatian sesama artis sampaikan pelakon Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad pun bersuara.


Berikutan isu ini hangat dalam industri hiburan, pelakon Aeril Zafrel membuat satu pendedahan bahawa dia alami situasi yang lebih kurang, cuma ada sedikit kelainan sedikit dekat pasal kes Aeril ni dimana…..

 

“Heroin tu cakap saya nak try dia”

Umumnya kita tahu bahawa pelakon tampan ini sudah mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga merupakan pelakon jelita, Wawa Zainal dan kalau kita perhatikan, pasangan ini sangat sweet di media sosial.

Namun begitu, rupanya Aeril tidak terkecuali menghadapi dugaan lain apabila ada seorang heroin ketika berganding dengannya membuat ‘fitnah’.

Kata Aeril, dia mendengar daripada mulut orang lain bahawa pelakon heroin itu ingin ‘cuba’ menguratnya.

“Pernah terjadi, saya dengar daripada orang lain lah, bila saya lupa nak bagitahu benda tu dan heroin itu cakap saya nak try dia.”

“Ada seorang pelakon ni sampaikan benda tu dekat saya, iyalah kadang chemistry itu bukannya dalam set lokasi je, maksud saya masih di set, tapi macam waktu break ke. Sejak kes tu saya akan berterus-terang, waktu tu dia baru.”

Aeril bagaimanapun enggan mendedahkan identiti heroin tersebut dan menyatakan bahawa pada waktu kejadian itu berlaku, pelakon tersebut masih baru.

Umumnya mengetahui bahawa Aliff Aziz ada mengakui bahawa dirinya ‘dikacau’ bagi menyokong kenyataan Bella Astillah sebelum ini dan jadi berkenaan dengan kes Aeril Zafrel ini, dia menyatakan pelakon yang ‘buat cerita’ terhadapnya itu bukanlah Sophia Albarakbah.

@budieychannel

Dalam kes Aeril Zafrel, ada heroin perasan pulak tersuka kat dia. Tapi bukan Sophia la. Sophia baik tapi manjahhh. Boleh bikin ramai terjatuh cinta. #sembangentertainment #budieychannel #aerilzafrel

♬ original sound – Budiey – Budiey

Dalam temubual ini, Aeril menyatakan Sophia seorang pelakon yang baik dan berperwatakan manja di set penggambaran.

Baca : “Nak jadi pelakon ke pelac*r” – Dakwa Tersuka Aliff Aziz Masa ‘Shooting’, Nabila Huda ‘Sound’ Pelakon Baru

Ft Nabila Huda Sound Pelakon Baharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.