in

“Nak jadi pelakon ke pelac*r” – Dakwa Tersuka Aliff Aziz Masa ‘Shooting’, Nabila Huda ‘Sound’ Pelakon Baru

Ft Nabila Huda Sound Pelakon Baharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, hangat satu isu berkenaan seorang pelakon yang dikatakan melakukan ‘perbuatan lama’ ketika berjauhan dengan isteri. Malah, timbul pula isu foto Aliff Aziz berjumpa dengan seorang wanita di sebuah kelab di ibu kota.


Bagaimanapun, spekulasi itu telah terjawab apabila rakan artis, Shahidan Izwan mendedahkan perkara sebenar dengan menyatakan bahawa mereka sedang bekerja.

 

Dia kata dah tersuka suami saya – Bella Astillah

Disebabkan isu tersebut, baru-baru ini pelakon Bella Astillah tampil memberikan respon mengenai isu tersebut. Kata peserta Famili Duo ketika ditemu ramah, Bella mendedahkan bahawa ada seorang pelakon baharu ini meluahkan perasaan kepada suaminya, Aliff Aziz.

“Dia minta maaf, dia kata dia bodoh dan dah tersuka suami saya, bila kita tengok hari-hari ada missed call dan sebagainya, yang saya rasa tidak perlu.”

Memandangkan rumah tangga Bella pernah goyah akibat orang ketiga sebelum ini, tidak dinafikan bahawa Bella meluahkan rasa risau kejadian lama berulang kembali.

Biarpun identiti pelakon itu tidak didedahkan, Bella memaklumkan bahawa ianya memang daripada seorang pelakon baharu setelah mendapatkan info mengenai nombor yang menghubungi suaminya itu daripada rakan artis.

“Bella risau kejadian lama berulang kembali, saya tak tahu tu nombor siapa, bila saya dapatkan nombor daripada seseorang, rakan artis, saya tengok nombor dia sama, so it’s her, saya cukup marah.”

Tambah Bella, dia sendiri ada pengalaman berlakon dengan Zamarul Hisham yang juga merupakan suami orang dan tak pernah berhubung dengan dia.

Oleh itu, Bella memberikan pesanan kepada pelakon tersebut kalau ada tawaran berlakon lagi, tidak menjadi masalah kalau nak ‘tangkap leleh’ dengan hero lain jika dia masih bujang.

“Tapi Alhamdullah Aliff, dia cakap kalau awak tak busy dan kalau awak tak ada practice, boleh datang set dah.”

@budieychannel

Bella Astillah dedah ada heroin drama jatuh cinta dengan Aliff Aziz. #sembangentertainment #bellaastillah #budieychannel #fyp

♬ original sound – Budiey – Budiey

 

Nak jadi pelakon ke p*lacur? – Nabila Huda

Memandangkan video temubual Bella dikongsikan di pelbagai platform media, seorang pelakon senior, Nabila Huda tampil memberikan teguran pedas kepada pelakon tersebut menerusi ruangan komen di Instagram.

Nabila mempersoalkan intergriti pelakon baharu itu dan menemplak bahawa tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut adalah salah satu penyebab kerjaya seorang pelakon rosak.

“Tak boleh nak kawal nafsu dan focus bukan untuk berlakon tapi nak meny*ndal kat set. Tolong lahhh..Buang lah sikap nak jatuh cinta kat set ke, ter suka ke, terlanjur ke..please lah!”

Screenshot 2023 01 30 125150 2

Nabila juga menegur pelakon tersebut agar fokus pada kerja, bukan untuk berfoya-foya semasa berada di set penggambaran.

Baca : “Member kena fitnah” – Rakan Artis Dedahkan Perkara Sebenar Kenapa Aliff Aziz Di Kelab Malam

Ft Aliff Aziz Kelab Malam

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.