
Semenjak munculnya kembali drama Nur yang bersiaran di kaca TV, nama Syafiq Kyle kembali melonjak naik dan jadi sebutan para peminat drama Melayu di luar sana.
Rata-rata peminat terutamanya wanita, memang takkan lepaskan peluanglah kalau dapat ‘meet and greet’ bersama pelakon kacak ini. Pun begitu, admin cuma nak ingatkan ni, korang janganlah jadi macam fan kat bawah ni yang hampir lupa batas pergaulan gara-gara seorang artis.
“Syafiq Kyle dia ‘shack’ hand dengan I”
Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, seorang fans kepada Syafiq Kyle (obviously seorang gadis) dilihat excited gila sambil menunjukkan tangannya yang telah disalami oleh pelakon lelaki tersebut.
Video tersebut juga kemudian menunjukkan keadaan Syafiq yang diserbu peminatnya secara menggila dalam sesi bertemu peminat baru-baru ni. Fuhhh ramai jugak yang sayang Capik ni eh.
“Benda yang berdosa ni suka, bangga sangat, macam dapat pegang tangan nabi”
Sebagai seorang wanita Melayu Muslim, memegang seorang lelaki bukan mahram tu haram. Walaupun isu ini lebih kepada antara individu tersebut dengan Tuhan, tetapi bila si netizen ni dah tunjuk terang-terang yang dia excited macam nak gila sebab pegang tangan Syafiq, haaa pastilah kena kecam secara berjemaah dengan netizen.

Dalam isu ni, PU Rahmat pun tak terkecuali ikut sama menegur tindakan remaja zaman sekarang ni.
Tangan itu juga kelak Allah akan tanya mengapa kau pegang lelaki yang bukan halal bagi mu #DoneDakwah
Oh my god ( menjerit) https://t.co/DfFyQ46jOc
— Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) April 15, 2019
“Dia tak nampak happy pun. Dia nampak macam nak keluar dari tempat tu dengan segera…. Dia nampak terseksa”
Kalau korang perasan dalam video tu juga kelihatan wajah ‘sabar’ Syafiq Kyle dalam melayan peminat-peminatnya yang menggila.

Menurut penelitian netizen, Syafiq sebenarnya ‘tengah terseksa’ dalam melayani peminat yang memujanya secara berlebihan. Bayangkan kalau korang di tempat dia. Rasa stress jugakkan kena tolak-tolak bagai.

Apa-apapun admin tak halang korang nak minat dengan mana-mana artis pun baik di Malaysia mahupun luar negara. Yang paling penting bagi seorang perempuan ialah jaga maruah dan adab korang. Jangan jatuhkan air muka keluarga.
Baca: “Ustaz Adam is back!” – Netizen Teruja Drama ‘Nur’ Kembali Ke Kaca TV, Bakal Ditayangkan Malam Ini!