in

“Adik jadikan ni pengajaran, jaga budi bicara lepas ni”- Jutawan Sanggup Datang Dari Jauh, Bayarkan Denda Adik Nursahira

Untitled Design 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Muhammad Azlan Al-Amin daripada seorang pengutip sampah kini menjadi jutawan dan telah menolong orang lain.

Kisahnya pernah viral suatu masa dulu.


Hari ini tular di media sosial difahamkan individu ini telah datang dari jauh demi membayar denda sebanyak RM10,000 untuk membebaskan adik Nursahira, lapor Malaysia United.

Perkongsiannya itu ada dimuat naik didalam laman facebook miliknya.

Selepas Selesai

Malah dia turut menceritakan detik perjalanannya sehingga perlu menempuh 11 sekatan jalan raya dari Besut, Terengganu ke Alor Setar, Kedah.

92570136 836388616772276 4438385385113911296 N

Kata Azlan, apa yang dia lakukan ialah untuk membantu gadis tersebut dan menyelamatkan masa depannya.

Malah dia juga berharap agar gadis itu belajar dari kesilapan yang dilakukan.

Cuma dalam kes ini,saya berharap remaja perempuan tersebut insaf serta jangan mengulangi lagi kesilapan lalu.” – Muhammad Azlan Al-Amin

 

Rata-rata netizen kagum dengan peribadi Azlan dan usahanya membantu gadis tersebut.

Alhamdulillah terima kasih tuan

Comment Netizen Censored 4

Alhamdulillah mulia sungguh hati tuan

Comment Netizen 2 Censored 4

 

Sebelum ini, dilaporkan Nursahira Mohd Mizuar, 20 mengaku bersalah selepas memuat naik  status jenis penghinaan kepada polis kerana tindakan anggota polis menyuruh dia pulang kerumah ketika membuat Ops Covid-19.

 

Baca: “Mak bapak ko jugak yang susah nanti” – Remaja Didenda RM 10 Ribu Dan Penjara 3 Bulan Sebab Hina Polis

Annotation 2020 04 09 114328 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.