in

“Adakah ini hujan rahmat?” – Viral! Buat Liputan Dalam Hujan Lebat, Wartawan Kongsi Cerita Sebenar

Fi Wartawan Basah Lencun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada isnin lalu, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut diikuti oleh jemaah menteri yang lain secara serta merta.


Sudah semestinya, perkara tersebut menjadi tumpuan dan mendapat liputan daripada banyak stesen televisyen yang ingin memberi rentetan kronologi kejadian tersebut. Namun tindakan seorang wartawan yang memberi liputan pada hari tersebut, perlu diberikan pujian.

 

Tetap buat liputan dalam hujan lebat

Di sebalik kisah tentang perletakan jawatan ahli jemaah menteri baru-baru ini, viral pula video menunjukkan tentang usaha seorang wartawan yang tetap melakukan tugasnya dengan sebaik mungkin.

Menerusi perkongsian oleh @Yirmantul, dia memuat naik klip video seorang wartawan TV3 Juliana Sharin, bersama jurukameranya yang ketika itu sedang membuat liputan di luar kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara dalam suasana hujan lebat.

Oleh sebab hujan yang terlampau lebat pada petang itu, dia tak dapat untuk membuat liputan dengan lebih lama.

@iniadalahiman

Terbaik Juliana Sharin Dari @tv3malaysia HUJAN² PUN BUAT LIPUTAN ? #fyp #muhyiddin

♬ original sound – Yirmantul – Yirmantul

 

Dedah cerita di sebalik tabir

Setelah video tersebut mendapat perhatian ramai, Juliana sendiri ada berkongsikan di laman Instagramnya tentang  kisah sebenar yang jadi pada petang tersebut.

Menurutnya, cuaca masih dalam keadaan baik sewaktu dia dan jurukamera diminta bersedia untuk membuat liputan. Walau bagaimanapun, beberapa ketika kemudian hujan mula rintik sambil dia menyediakan payung.

Wartawan Basah Lencun 3

 

Tambahnya lagi hujan semakin lebat dan ketika dia mula saja nak buat liputan, lagi menunjukkan tiada tanda ia akan reda ditambah pula dengan angin kencang.

Situasi itu buatkan Juliana jadi basah lencun, tetapi dia tetap komited dengan kerja yang dilakukan untuk berikan liputan yang terbaik.

Wartawan Basah Lencun 4

Memang hebat tugas wartawan ni, tetap berikan yang terbaik asalkan penonton dapat liputan berita yang berkualiti. Respect!

 

Baca : “Selamat bersara abe ajis” – Pernah Viral, Wartawan Dedah Siapa Gerangan ‘Abe Aziz Jatuh Bok’

Foot Wartawan Basah Lencun

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.