in

“Ada sedih, happy dan geli hati” – 6 Iklan Raya Tahun Ni Yang Korang Confirm Kena Tengok, Semua Best Belaka!

Iklan Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena raya tahun ini, seperti biasa jenama dan syarikat besar di Malaysia ini pastinya takkan terlepas nak hasilkan iklan-iklan menarik buat tatapan kita semua.

Disebabkan negara kita masih dilanda pandemik COVID 19, rata-rata iklan tahun ini lebih menjurus kepada tema COVID 19 dan kesedihan ahli keluarga terpaksa beraya berjauhan antara satu sama lain.


Jom kita tengok antara iklan-iklan yang best tahun ini!

 

1. Hikmah Raya Aida – TNB 

Seperti tahun-tahun lalu, TNB antara yang terbaik dan kedepan dalam menghasilkan iklan raya mereka. Masih menggunakan kisah ‘Aida’ dan keluarga sebagai tema utama, iklan raya kali ini menceritakan kejayaan Aida menjadi usahawan tart nenas sempena hari raya.

Tapi semuanya jadi ‘spoil’ lepas COVID 19 menjelma. Kesian Aida… nak tahu apa yang berlaku, nah tengok kat bawah…

 

2. Mangkuk Tingkat Mak Teh – SAJI 

Iklan raya bagi jenama minyak masak SAJI tahun ini boleh dikatakan antara yang menyentuh hati kerana ia berdasarkan kisah benar Makcik Saadiah Abdullah yang tanpa henti menghantar mangkuk tingkat berisi makanan ke tempat kerja suaminya, meskipun lelaki itu sudah lama meninggal dunia.

Lakonan Fatimah Abu Bakar dan Bront Palarae dalam iklan ni memang mantap!

 

3. Syukur Raya – Petronas 

Tahun ini, sudah masuk dua tahun iklan Petronas dihasilkan menggunakan animasi tanpa pelakon sebenar. Namun iklannya tetap menusuk di hati dan berjaya menyampaikan mesej yang berkesan di hati penonton.

Iklan kali ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Poji yang tak dapat pulang beraya di kampung kerana COVID 19. Sudahlah sedih tak dapat pulang beraya, dia terpaksa pula berhadapan dengan Mak Jah, jiran sebelah rumahnya yang garang. Kesian Poji…

 

4. Ini iklan raya, tau? – Julie’s Biscuit 

Iklan ini antara yang paling unik bagi admin! Selalunya iklan raya ada storyline yang sedih dan boleh dikatakan cliche dengan skrip yang sama, namun pengarah bagi iklan ni nampaknya dah kena tegur dengan pelakon wanitanya supaya jangan bagi skrip yang sama lagi.

Haa… nak tahu apa yang jadi masa shooting iklan raya ni, korang tengok lah sendiri!

 

5. Pulanglah Nak… – Mydin 

Kalau ada Wan Maimunah, tak sahlah kan kalau korang tak menangis. Iklan raya Mydin kali ini menampilkan mesej yang sangat kuat berkenaan COVID 19 yang sedang dihadapi negara sekarang ni.

Ia mengisahkan keluarga Puan Munah yang ditimpa musibah apabila anak dan menantunya disahkan positif COVID 19. Manakala jiran-jiran sekelilingnya pula sering curiga dan was-was dengan mereka semua. Apa yang jadi selepas itu, korang kena tengoklah di bawah ni.

 

6. Raya Si Sakan – Maxis 

Kalau tengok iklan ni, boleh rasa macam vibe 18 Puasa sikit. Lawak! Ia mengisahkan Mak Jah yang suka buat persipaan raya sendiri tiap-tiap tahun. Tapi tahun ni, Pak Sakan asyik beli segala keperluan sendiri pada penjual-penjual di luar sana.

Apa yang difikirkan Pak Sakan tu sampai curiga Mak Jah dibuatnya?

Ada banyak lagi iklan raya yang best-best tapi kalau admin nak senaraikan semua memang tak habis-habislah artikel ni kan? Apa-apapun korang boleh je tengok semuanya di Youtube.

Bolehlah tengok semua iklan ni untuk isi masa lapang korang sempena makan kuih raya dekat rumah tu! 

Baca: Viral Iklan Raya Saji, Rupanya Dari Kisah Benar Saadiah Abdullah 40 Tahun Hantar Makanan Ke Balai Polis

Saadih Abdullah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.