in

Viral Iklan Raya Saji, Rupanya Dari Kisah Benar Saadiah Abdullah 40 Tahun Hantar Makanan Ke Balai Polis

Saadih Abdullah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, jenama minyak masak Saji Malaysia telah mengeluarkan satu iklan raya sempena Aidilfitri 2021 ini yang sangat menyentuh hati.


Ia berkisar tentang kisah seorang wanita bernama Mak Teh yang tanpa jemu menghantar mangkuk tingkat berisi makanan buat suaminya yang bertugas sebagai pemandu ambulans di hospital.

Walau bagaimanapun, di akhir iklan, dapat diketahui sebenarnya suami Mak Teh sudah lima tahun meninggal dunia. Dalam tempoh tersebut, Mak Teh tidak pernah berhenti menghantar mangkuk tingkat walaupun dia tahu suaminya sudah lama meninggal dunia.

Nah korang boleh tengok iklan kat bawah ni. Sedia tisu siap-siap tau! 

Mak Teh rupanya kisah benar seorang isteri bernama Saadiah Abdullah 

Bagi mereka yang tak tahu, kisah Mak Teh ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar seorang wanita bernama Saadiah Abdullah.

Menerusi perkongsian Rizal Hakimm di Facebook, Makcik Saadiah ini hebat orangnya. Hampir 40 tahun tanpa jemu mengayuh basikal untuk menghantar makanan ke IPD Gerik semenjak arwah suaminya meninggal dunia akibat dibunuh komunis.

182472765 3099814100344950 2863916579213344546 N

Perbuatan itu dilakukan dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan terhadap suaminya, Alias Daud. Alias dikatakan meninggal dunia dalam serangan hendap komunis di Temenggor, Perak pada 1975.

Menurut cerita orang kampung, suami Saadiah juga bertugas sebagai seorang Bot Man. Bot Man ini tugasnya ialah menghantar keperluan kepada mereka yang berjuang di dalam hutan dan ketika mereka menjalankan tugas inilah suaminya diserang hendap dan dibunuh komunis dengan kejam.

181984944 3099814150344945 5512042054521920954 N

 

Tidak lagi hantar makanan lepas jatuh basikal pada 2012 

Rutin Saadiah menghantar makanan ke IPD Gerik kini sudah terhenti pada tahun 2012 selepas wanita itu dilaporkan terjatuh dari basikal.

Semenjak dari itu juga, anaknya yang bimbang akan keselamatan ibu telah membuka tayar basikal supaya wanita itu tidak lagi mengayuh basikalnya lagi.

Kisah Saadiah juga pernah muncul di Berita Harian pada 2017 yang mana dia menyatakan rasa rindunya pada IPD Gerik dan akan melawat balai tersebut sebulan sekali bersama anaknya dengan menaiki motosikal.

182682809 3099814300344930 3211900672787365071 N

Sekarang mak cik hanya dapat pergi ke balai polis (IPD Gerik) hanya sekali sebulan. Rasa terlepas juga rindu mak cik nak tengok balai polis dan anggota polis kita yang setia berkhidmat untuk orang ramai dan negara.

“Kini, mak cik hanya bawa makanan ringan terutama gula-gula setiap kali pergi ke situ… dah tak masak lauk-pauk dan bawa nasi macam dulu lagi,” katanya.

183337277 3099814377011589 7150166464976235367 N

Tersentuh dengan kisah makcik ni… semoga berada dalam keadaan baik-baik saja. 

Baca: “Memang genius habis” – [VIDEO] Iklan Raya Petronas Guna Animasi, ‘Antara Dua Jendela’ Akan Buat Korang Rindu Beraya Di Kampung

Petronas

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.