in

“Ada sebab saya buat keputusan ini” – Sarah Hildebrand Sahkan Tidak Lagi Berhijab

Cc 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal Sarah Hildebrand malam tadi ada memuat naik sekeping gambar selfie tidak berhijab bersama suaminya, Otto Gillen. Posting tersebut yang mengejutkan orang ramai nak menimbulkan tanda tanya adakah Sarah tidak lagi bertudung.

C 13

 

Pada posting yang sama, Sarah tidak menulis sebarang kapsyen dan hanya meletakkan emoji ‘love’ bewarna hitam.


Awalnya, ramai menjangka tindakan Sarah hanya memuatkan foto lama. Bagaimanapun, selepas diteliti menerusi IG Story miliknya, Sarah tidak lagi memakai tudung.

Sarah yang mula mengenakan hijab sejak September 2015 itu akhirnya mengesahkan bahawa dia tidak lagi berhijab ketika ditemu bual oleh BH Online.

C2 6

 

“Ada sebab kenapa saya buat keputusan ini” – Sarah

Walau bagaimanapun, pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda itu menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri dan berterima kasih kepada peminat yang tidak cepat menghukum.

“Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan.”

“Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri,”

Sementara itu, Otto menerusi perkongsian menerusi IG Story turut memuat naik gambar sama mengatakan, dia menyokong keputusan isterinya.

C1 11

 

“Saya menyokong sepenuhnya keputusan peribadi isteri. Ini adalah satu-satunya respon saya. Jangan mesej saya,”

Susulan keputusan tersebut, Sarah mengambil keputusan untuk tidak mengulas panjang dan akaun Instagramnya juga telah ‘private’ bagi mengelakkan dari menerima pelbagai komen dari netizen.

 

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Sarah. Netizen pun diingatkan untuk tidak cepat menghukum.

Baca: “Dapat hidayah dlm mimpi” – DJ Spinner Dipuji, Padam Semua Gambar Seksi di IG & Terus Berhijab Lepas Peluk Islam

C3 3

Sumber: Instagram
Sumber: Magify
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.