Seorang doktor kongsikan foto keputusan ujian air mani manerusi laman Twitter miliknya, dalam keputusan itu dia menunjukkan antara contoh kualiti yang bagus untuk para lelaki yang bakal berkahwin dan ingin mendapatkan zuriat.
Katanya, individu yang melakukan pemeriksaan dengannya itu seorang tidak merokok, BMI seimbang dan sperma yang bagus. Mungkin ia patut dijadikan contoh buat para lelaki di luar sana tapi…
Ada dapat kebenaran pesakit ke? – Netizen
Perkongsian ini mendatangkan rasa kurang senang buat segelintir pihak, tweet doktor tersebut yang meraih 14.8K jumlah perkongsian dalam masa 24 jam itu, membuatkan ada netizen mengecam tindaknnya kerana kongsikan keputusan pesakit yang sepatutnya disulitkan.
Bagaimanapun, ada juga warganet lain yang berbalah bahawa ia sebenarnya tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana maklumat peribadi pesakit dirahsiakan,
Namun ada juga mempertikaikan jika doktor tersebut ada minta kebenaran kepada pesakit itu memandangkan ia adalah keputusan individu tersebut.
Mungkin niat doktor tu nak educate kot.