in

“Ada Beto, Azhan Rani, mesti tengok” – Netizen Teruja Tunggu Movie ‘Frontliner’ Di Netflix, 30 Sept Ini

Ft Filem Frontliner Buat Netizen Teruja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir 2 tahun seluruh dunia termasuk Malaysia memerangi wabak Covid-19 dan kini kita masih dalam pejuangan. Segala kisah ini akan difilemkan tak lama lagi menerusi Netflix.


Filem yang berjudul Frontliner ini bakal ditayangkan di aplikasi streaming tersebut pada 30 September ini.

 

Frontliner

Berdasarkan sinopsis, filem berdurasi 1 jam 29 minit ini berkisar tentang perjuangan pekerja-pekerja barisan hadapan dari sektor medikal hinggakan pekerja penghantar makanan memerangi Covid-19 di Malaysia. Ia diadaptasi dari kisah benar.

Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 89

Filem Frontliner ini menampilkan barisan-barisan pelakon hebat seperti, Azhan Rani, Beto Kusyairy Emma Maembong, Achey, Farah Ahmad, Shamsul Danish, Wan Maimunah, Ashraf Muslim, Black Hanifah, Zul Handy Black dan ramai lagi.

Melihat barisan pelakon ini ia membuatkan ramai netizen di Twitter teruja untuk menonton filem arahan Razif Ajiboy Rashid ini, apatah lagi filem ini bergenre kan sesuatu yang menyentuh emosi.

Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 9

Ramai netizen teruja melihat gandingan Azhan Rani, Beto dan Wan Maimunah yang terkenal dengan  lakonan air matanya.

 

Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 8 Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 7 Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 6 Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 5 Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 4 Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 3 Filem Frontliner Buat Netizen Teruja 2

Tayangan mengenai filem ini menjadi perhatian netizen setelah ia dikhabarkan oleh seorang netizen di Twitter sehingga meraih 4,381 jumlah retweet dalam masa 2 jam.

Min pun excited jugak tengok diaorang, apatah lagi pasal kisah benar.

 

Baca : “Mereka mahukan tenaga, taknak tertidur ketika bertugas” – Ada Frontliner Alami PTSD, Terpaksa Ambil Syabu & Pil Tidur

Frontliner Alami Ptsd Ambil Syabu Pil Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.