in

“Mereka mahukan tenaga, taknak tertidur ketika bertugas” – Ada Frontliner Alami PTSD, Terpaksa Ambil Syabu & Pil Tidur

Frontliner Alami Ptsd Ambil Syabu Pil Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita pernah dengar tentang kisah bekas tentera yang turun ke medan perang, alami gangguan stres pasca trauma (PTSD) dalam tempoh enam bulan hingga setahun kemudiannya. Namun, siapa sangka pandemik Covid-19 ini membuatkan petugas kesihatan turut mengalami perkara yang sama.


Menurut Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj, ada segelintir petugas kesihatan yang mengaku terpaksa mengambil bahan terlarang bagi mengurangkan tekanan akibat gangguan emosi.

Frontliner Letih

Ada daripada mereka juga dikatakan telah memulakan tabiat tidak sihat seperti merokok serta minum kopi berlebihan untuk melawan rasa kelesuan melampau atau ‘burnout’ dek kerana peningkatan beban tugas, lapor FMT.

Petugas kesihatan ini menghubungi kami dan mengaku terpaksa mengambil AST (amphetamine type stimulant), iaitu dadah jenis syabu atau ‘ice’, kerana mahukan keyakinan serta tenaga supaya tidak tertidur ketika bertugas.”

Syabu

Jumlah yang mula merokok juga ketara. Ada yang minum kopi antara lima hingga enam cawan sehari berbanding hanya satu cawan pada waktu pagi sebelum lonjakan kes Covid-19.”

Ada yang terpaksa makan pil tidur kerana tidak dapat tidur akibat gangguan emosi ketika pandemik. Ini berbahaya kerana pengambilannya antara satu hingga tiga minggu secara berturut-turut.”

Katanya lagi, sebahagian daripada mereka itu yang mengalami gangguan emosi teruk juga berisiko mengalami kesan jangka panjang, iaitu PTSD yang lazim dialami bekas tentera pernah turun ke medan perang.

Frontliner Duduk Keletihan

Frontliner Letih Tidur

Terdahulu, Berita Harian melaporkan seramai lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecelaruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan melawan pandemik secara berterusan.

Kakitangan kesihatan yang ditemu bual akhbar itu malah mengaku menangis setiap hari selama sebulan selepas pulang ke rumah, stres dan berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit. Menurut Dr Andrew lagi,

PTSD ini sama seperti dialami tentera di medan perang, yang mungkin pernah menembak musuh atau melihat rakan sendiri meninggal dunia di hadapan mata.”

PTSD bahaya kerana ia boleh membawa kepada hasrat untuk bunuh diri, selain menjejaskan hubungan dengan rakan dan keluarga.”

Baca: “Kasihanilah kami siang malam berperang dengan musuh yang kami sendiri tak nampak” – Frontliner

Ft Frontliner Mohon Bantu Merdekakan Negara Dari Covid19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.