in

“Abang aku memang ada ‘golden touch’ macam papa” – Tweet Syafiq Yusof Bikin Netizen Terharu

Tweet Syafiq Yusof 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem ‘pecah panggung’ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan menjadi topik bualan hangat beberapa hari kebelakangan ini dan ramai yang telah memberikan rating yang tinggi atas filem biopik tersebut.


Hasil sentuhan Syamsul Yusof itu dikuatkan lagi dengan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin serta pelakon ‘lejen’ dari seberang Yayan Ruhian.

Filem bergenre biopik sejarah ini menerima pelbagai pujian serta komen membina daripada penonton serta netizen, pun begitu Syafiq Yusof yang merupakan adik kepada pengarah filem itu memuat naik sebuah tweet yang menarik perhatian netizen.

“Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa”

Dalam tweet tersebut, Syafiq meluahkan rasa bangga atas karya abangnya itu dan memberitahu abangnya mempunyai ‘sentuhan emas’ sama dengan bapa mereka iaitu Datuk Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah tersohor tempatan.

“Aku je yg filem kadang2 laku kdg2 tak laku haha tapi takpe, rezeki tu ketentuan Tuhan. Yg penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang2 naik kdg2 jatuh..But never give up!” tulisnya.

Walaupun tweet tersebut berbunyi rendah diri, Syafiq Yusof juga tidak kurangnya dalam menyinari industri filem tempatan dengan filem-filem seperti SAM: Saya Amat Mencintaimu, Abang Long Fadil serta Desolasi.

Memang talented betul adik-beradik ni!

Baca: “Goosebumps wei!” –  [VIDEO] Trailer Filem ‘Epik’  Mat Kilau Buat Netizen Tak Sabar Nak Tonton!

Untitled Design 2022 05 17T112458.958 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.