in

“Goosebumps wei!” – [VIDEO] Trailer Filem ‘Epik’ Mat Kilau Buat Netizen Tak Sabar Nak Tonton!

Untitled Design 2022 05 17T112458.958

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mat Kilau merupakan nama seorang figura yang penting dalam sejarah pembentukan Malaysia, beliau merupakan pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.


Menurut sumber, kerana pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British.

Baru-baru ini, pengarah tersohor tempatan Syamsul Yusof melalui produksi Studio Kembara melancarkan trailer epik filem Mat Kilau.

Seperti yang kita sedia maklum, sudah lama rasanya kita tidak menonton filem bergenre biopik seperti ini, last rasanya admin tengok filem Leftenan Adnan kot?

Dalam laporan Astro AWANI, difahamkan filem tersebut menelan belanja RM8 juta dan filem tersebut menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Trailer pun dah meremang beb!” 

Trailer yang berdurasi seminit 47 saat itu menjadi bualan netizen sejak semalam dan sudah pastinya ramai yang tidak sabar menantikan filem epik tersebut.

Cats 14

Memang mantap! Jangan lupa set kalendar 23 Jun ni gais!

Baca: “Letak mantra betul ke” – [VIDEO] Ada Penonton Didakwa ‘Kesurupan’ Lepas Tonton Filem ‘KKN Di Desa Penari’

Untitled Design 2022 05 17T105139.693

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.