in

Ini 10 Bandar Paling Kotor Dalam Dunia, Jepun Pun Tersenarai?

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sahaja di Malaysia, dekat luar negara pun orang ramai lebih suka tinggal di bandar kerana peluang pekerjaan lebih tinggi serta kemudahan juga lebih banyak berbanding di luar bandar. Disebabkan ini, menurut World Population Review, sebanyak 55% populasi di dunia tinggal di bandar dan peratusan ini meningkat dari 47% pada tahun 2020 dan dijangka akan terus meningkat kepada 68% menjelang 2050.


Walaupun tinggal di bandar ni banyak kelebihannya, jumlah populasi yang tinggi juga menjadikan sesuatu tempat itu berpotensi untuk menyebabkan kemudaratan jangka panjang terhadap alam sekitar ekoran jumlah sampah yang dihasilkan setiap tahun.

Jadi, kalau korang nak tahu bandar apa yang paling kotor dalam dunia menurut jumlah hasil sisa buangan yang dihasilkan setiap tahun, korang boleh tengok dekat bawah ni!

Artikel berkaitan: “Sistem kutipan tak efisyen” – Penduduk Pulau Redang ‘Dihantui’ Bau Sampah Yang Tidak Dikutip

Artikel berkaitan: “Sistem kutipan tak efisyen” – Penduduk Pulau Redang ‘Dihantui’ Bau Sampah Yang Tidak Dikutip

1. New York, Amerika Syarikat

Shutt.2E16D0Ba.fill 1200X800.Format Webp.webpquality 85 9Vwuopi

New York merupakan bandar paling kotor dalam dunia. Setiap tahun, kota metropolitan New York telah menghasilkan sebanyak 33.2 juta tan metrik sisa buangan. Dengan jumlah penduduk seramai 19 juta orang, ia menjadikan hasil buangan per kapita adalah sebanyak 1.75 juta tan metrik iaitu lebih kurang 1923.6kg sampah dihasilkan setiap tahun oleh seorang penduduk.

Majoriti sampah yang dihasilkan di New York adalah dari perniagaan dan industri yang telah menghantar sisa buangan mereka ke beberapa negeri lain apabila tempat pelupusan sampah mereka telah mencapai kapasiti. Patutlah tikus-tikus dekat sana sebesar kucing, senang nak cari makanan rupanya!

2. Bandar Mexico, Mexico

Garbage And Landfilll In 006.Jpg

Walaupun mempunyai penduduk lebih ramai dari New York iaitu lebih dari 128 juta orang, Bandar Mexico menghasilkan kurang dari satu per tiga sisa buangan berbanding New York di mana dorang telah menghasilkan sebanyak 12 juta tan metrik sisa buangan setiap tahun.

3. Tokyo, Jepun

230210161917 01 Japan Never Traveler Culture Tokyo

Mengejutkan, ibu negeri Jepun, Tokyo memegang tempat ketiga dalam senarai bandar paling kotor di dunia. Tokyo telah menghasilkan secara keseluruhan sebanyak 11.90 juta tan metrik sampah setiap tahun. Tapi still tak boleh nak lawan New York!

4. Los Angeles, Amerika Syarikat

Los Angeles yang merupakan pusat hiburan untuk industri filem dan televisyen pula merupakan bandar keempat terkotor di dunia. Dengan populasi sebanyak 9.83 juta, bandar ini telah menghasilkan sisa buangan sebanyak 11.10 juta tan metrik setiap tahun.

5. Mumbai, India

Dharavi.jpg.optimal

Populasi di bandar Mumbai pada tahun ini adalah seramai 21.29 juta, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus dari tahun 2022, disebabkan penduduk yang ramai, memang tak hairanlah bila bandar ni hasilkan sebanyak 10.03 juta tan metrik sampah setiap tahun.

6. Istanbul, Turki

8A9758F3 City 3430 163Cc469939

Istanbul merupakan bandar utama Turki yang merentasi Eropah dan Asia melalui Selat Bosphorus. Dengan populasi sebanyak 15.4 juta penduduk, di akhir tahun 2020 bandar ini telah menghasilkan sebanyak 9.30 juta tan metrik sampah.

7. Jakarta, Indonesia

1000 F 171224159 Rlryxvwtfvbw9Iuh7Eaz4Cwrbmkqy58F

Dengan populasi penduduk seramai 10.56 juta orang, memang tak hairan kalau bandar Jakarta tersenarai sebagai antara bandar paling kotor di dunia apabila ia telah menghasilkan sebanyak 8.64 juta tan metrik sampah setiap tahun.

8. Cairo, Mesir

Bandar Cairo yang terletak di Sungai Nil ini mempunyai populasi seramai 9.54 juta dan menghasilkan jumlah sampah sebanyak 7.09 juta tan metrik.

9. Osaka, Jepun

Osaka Dotonbori Istock 1138049211 1024X683 1

Bandar Osaka merupakan bandar pelabuhan dan pusat komersial untuk pulau Honshu. Ia dikenali dengan seni bina moden, kehidupan waktu malam yang meriah serta makanan-makanan jalanan yang sedap-sedap. Disebabkan ini, jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh bandar ini lebih banyak dari populasinya iaitu ia telah menghasilkan sebanyak 6.70 juta tan metrik sampah walaupun jumlah penduduknya hanya 2.69 juta.

10. Sao Paulo, Brazil

3000.Jpg

Sao Paulo, Brazil merupakan bandar ke-10 paling kotor di dunia dan ia juga merupakan antara bandar yang mempunyai populasi teramai di dunia iaitu seramai 12.33 penduduk. Disebabkan ini, ia telah menghasilkan jumlah sampah sebanyak 6.15 juta tan metrik setiap tahun.

Jumlah sampah yang dihasilkan oleh bandar-bandar ini boleh memberikan kesan yang besar terhadap alam sekitar untuk jangka masa panjang, lebih-lebih lagi kalau infrastruktur yang betul tidak disediakan untuk menampung jumlah sisa buangan yang banyak macam di New York.

Macam di Jepun, dorang ada teknologi yang baik untuk lupus sampah sebab tu walaupun ada dua bandar dorang dalam senarai ni, bila korang pergi sana tak adalah korang nampak sampah merata-rata.

Sumber: IOL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.