in

5 Kes Baru Kluster Tawar Hari Ini KESEMUANYA Libatkan Pelajar Sekolah Rendah Di Kedah

Gambar Hiasan 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 5 kes baharu Covid-19 dari Kluster Tawar di Kedah dan menjadikan jumlah kes dalam kluster ini sebanyak 70 kes setakat ini.


Apa yang mengejutkan, kelima-lima kes baharu pada hari ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di negeri Kedah di mana masing masing berusia 9 dan 12 tahun. OMG!!

KLUSTER TAWAR MELAPORKAN LIMA (5) KES BAHARUKKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 5 kes baharu yang dilaporkan bagi…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Selasa, 25 Ogos 2020

 

Hasil siasatan mendapati mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9197 yang merupakan seorang pelajar prasekolah dimana kes ini telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020.

KKM turut mengingatkan semua pihak sekolah supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majilis Keselamatan Negara (MKN) termasuk SOP sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan menasihati dan mendidik anak-anak mereka yang masih bersekolah tentang amalan-amalan yang perlu dipraktikkan bagi mencegah jangkitan Covid-19 di dalam bas sekolah, bilik darjah dan semasa sebarang aktiviti sukan atau kurikulum.

Capture 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.