in

Kluster Tawar: Sudah Masuk Generasi Ketiga! Sekolah di Kulim Ditutup Lepas Guru & Murid Dijangkiti COVID 19

Tawar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya penularan wabak COVID 19 di Kedah semakin memburuk selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah ditutup selepas ia dikaitkan dengan penularan jangkitan COVID 19 daripada Kluster Tawar.

Menurut Berita Harian, infografik KKM mendedahkan 4 kes baharu di Kulim semalam membabitkan seorang guru dan 3 murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti COVID 19. 


Difahamkan juga, mereka ini ialah ahli keluarga kepada kes indeks 9,113.

Efsbcuqu4Auubm5

Dengan ini juga, Kluster Tawar juga telah memasuki generasi ketiga. Uish laju sungguh wabak ni merebak! 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi terhadap sekolah berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

61595548574 Tbnoorhishamabdulla

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan COVID-19 ke atas semua muridnya. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini.

“Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam apa jua keadaan, ingat… patuhi SOP dan jangan lupa pakai mask ye! Harap kluster ni tak merebak dengan lebih teruk lagi. 

Baca: Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Ditutup Serta Merta, Tular Ada Ahli Jemaah COVID 19 Kluster Sivagangga

Tutup

Sumber: Twitter
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.