in

5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan SMART Tunnel, Netizen Puji Jasa Tun M Bina Terowong Itu

Smart Tunnel Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur, korang pasti pernah dengar akan SMART Tunnel kan?


Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Banjir atau disebut SMART Tunnel (akronim bagi Stormwater Management and Road Tunnel) ini merupakan sebuah terowong lencongan air yang digunakan untuk mengelakan banjir di kawasan padat seperti Kuala Lumpur.

Smart Tunnel Highway Klia Pic

 

Berjaya lencongkan 5 juta meter padu air banjir 

Menurut Astro AWANI, SMART Tunnel ini telah berjaya melencongkan sebanyak 5 juta meter padu air banjir daripada memasuki Kuala Lumpur semalam. Wah syukurlah! 

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan air banjir ini mula diaktifkan pada 7.45 malam Sabtu lepas.

1912Ntsmartt 1639852767

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.

“Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam,” jelasnya.

 

Kalau tak lencongkan air, KL bakal tenggelam 

Sejak dibuka pada tahun 2007, ini merupakan kali pertama proses lencongan mengambil masa lebih daripada 3 jam.

“Ini merupakan satu rekod yang baru bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari 3 jam operasi lencongan.

“Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam,” katanya.

51599743112 Banjirkilat 800X445 C

Jelasnya lagi, jika 5 juta meter air padu itu tak dilencongkan, keadaan banjir yang melanda Lembah Klang akan bertambah buruk.

Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan.

“Bayangkan kalau ada lagi 5 juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam,” jelasnya.

 

“Terima kasih Tun M atas cetusan idea SMART Tunnel” 

Berita mengenai SMART Tunnel ini telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas cetusan ideanya untuk membina terowong tersebut.

Menurut netizen, Tun M merupakan pemimpin yang berfikiran jauh ke hadapan dan sepatutnya terowong seperti perlu lebih banyak dibina daripada bangunan pencakar langit.

Vision Tun M

Bagi yang tak tahu, projek pembinaan Terowong SMART yang dicetus Tun M ini merupakan projek di bawah Dasar Pembangunan Nasional yang dilancarkan PM ini pada tahun 1991.

Mula dibina pada tahun 2003 dan dibuka untuk kegunaan awam pada 2007, ia merupakan terowong lencongan air terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

80E8Df30 B552 424B B42E 87A7F353588A

Objektif utama terowong ini juga ialah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di KL dan mengurangkan kesesakan trafik sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew, Pudu semasa waktu puncak.

Syukur pembinaan terowong ini dapat dimanfaatkan kita semua dan harapnya terowong seperti ini dapat dibina di kawasan lain pula untuk mengelakan banjir kilat berlaku di masa hadapan. 

Baca: MP Bangi Berkayak ‘Non-stop’ Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan Mangsa Banjir

Collage 28

Sumber: FMT
Sumber: NST
Sumber: mykmu
Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.