Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam, ia bulan yang mulia dan segala amal ibadah menjadi berlipat kali ganda.
Bagaimanapun, di bulan Ramadan ini kita diwajibkan untuk berpuasa dan pastinya kita akan sentiasa lemah serta tidak bertenaga.
Takkanlah nak tidur je seharian?
Merujuk kepada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidur sepanjang hari bukan sahaja melemahkan badan malah hukumnya juga makruh dan sepatutnya dielakkan ketika bulan Ramadan ini.
Oleh kerana kita tidak mempunyai tenaga yang banyak ketika puasa, apa kata kita tambah ilmu dengan perkongsian yang pelbagai daripada 5 content creators ini!
#1 @keknahasut (Instagram)
Gadis cantik manis ini berkongsi tips kecantikan daripada penggunaan skincare sehinggalah cara memakai tudung yang bakal buatkan korang letops di pagi Raya!
Klik di sini untuk follow!
#2 @papayen91 (TikTok)
Creator ini pula berkongsi Drama Pendek tentang Takaful untuk memberi awareness tentang Takaful dengan pelbagai kisah. Bagusnya!
@papayen91 Sebelum halalkan, kena pastikan dulu. Cc @nazprudentialbsntakaful #takafultv #dramatakaful #papayen #DRamadanTakaful #gengtiktokninja #tiktokguru #LearnOnTikTok #JomBelajar
#3 @nurirdina.co (TikTok)
Bulan Ramadan ini, mesti ramai peniaga-peniaga yang ingin kembangkan perniagaan secara online kan? Gadis ini kongsi content laman Canva yang boleh membantu anda untuk mereka grafik yang cantik dan menarik!
@nurirdina.co DAY 1 #tiktokguru #learnontiktok #businessguru #makanlokal #businesstips #tahukahanda #jombelajar #canvaguru
#4 @mizatulfarihah (Twitter)
Raya nanti mesti korang tak serabut sebab content creator ini berkongsi 30 style tudung berlainan pada setiap hari di bulan puasa ini! Wow!
1 Hari 1 Tutorial — Day 1 ✨🥰
Style macam ni sesuai kalau awak pakai baju kurung. Tak kisahlah modern ke, kedah ke, pahang ke, memang boleh masuk ☺️
I’m wearing @ashhannas Raya Series 2022 Maryam in Midnight Blue. pic.twitter.com/RVUaGjT9sH
— Miza | Your Beauty Bestie ✨🍉 (@mizatulfarihah) April 5, 2022
#5 @artico.my (Instagram)
Gadis ini pula seorang pelukis yang sangat berbakat, dia juga buat content 30 days 30 painting, sementara nak berbuka tu, korang boleh tengok video-video yang dikongsikan, tenang je rasa!
Klik di sini untuk follow!
Selamat berpuasa semua!
Baca: “Hormat orang puasa” – Sekolah Tutup Kantin Masa Ramadan, Larang Murid Bawa Air?