in

“Hormat orang puasa” – Sekolah Tutup Kantin Masa Ramadan, Larang Murid Bawa Air?

Ft Kantin Sekolah Tutup Masa Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Itu sebablah penting untuk kita dengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak jika berlaku sesuatu perkara atau isu, misalnya dalam kes antara ibu bapa dengan pihak sekolah ini.

Umumnya, kita sedia maklum bahawa sepanjang bulan puasa, pastinya operasi kantin sekolah akan terhad.


Sebagai langkah mendidik anak-anak muridnya untuk berpuasa dan hormat untuk berpuasa, sebuah sekolah rendah ini menutup kantin sekolahnya, perkara diumumkan menerusi WhatsApp kepada ibu bapa mereka, namun ada yang tersinggung…

 

Kantin ditutup/tidak menyediakan makanan bagi melatih murid agar berpuasa dan hormat orang puasa

Kantin Skeolah Tutup

Mesej itu viral setelah ada salah seorang yang dipercayai ibu bapa kepada murid yang bersekolah di situ kongsikannya di Facebook dan ianya seklaigus menjadi pertikaian netizen.

Berikutan dengan kenyataan ini, ada juga yang menyatakan perkara ini berlaku setiap tahun di sekolah itu dan ia seperti tiada penyelesaian.

Akibat penularan itu, pihak mStar Online telah menghubungi pihak sekolah rendah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur ini untuk mendapatkan keterangan.

 

Tidak melibatkan murid moral, ada bilik makan khusus – Pihak sekolah

Menurut salah seorang guru di sekolah tersebut, pengumuman tersebut ditujukan kepada murid-murid yang beragama Islam selepas mengambil kira ramai murid yang berpuasa di dalam kelas.

“Ia tidak melibatkan murid Moral dan mereka ini ditempatkan di bilik makan khusus. Murid Islam yang masih kecil juga ditempatkan di bilik khas yang lain jika mereka tidak berpuasa dan kedua-dua bilik dengan pengawasan guru.”

Guru tersebut juga menyatakan nombor telefon turut diletakkan dalam pengumuman itu supaya ibu bapa boleh berhubung dengannya jika ada sebarang persoalan.

Jelasnya lagi, mengenai ayat “bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan” itu bermaksud, boleh bawa dari rumah tapi kena selindungkan supaya tidak dapat dilihat oleh pelajar Islam lain yang sedang berpuasa.

“Mohon maaf sekirangan mesej yang saya sampaikan telah menyinggung perasaan atau telah disalah anggap sebagai rasis. Info melatih murid-murid agar berpuasa saya tujukan khas kepada murid-murid Islam sahaja dan tidak melibatkan murid bukan Islam.”

“Murid bukan Islam kami tempatkan mereka makan bekal yang mereka bawa dari rumah pada waktu rehat di bilik pendidikan moral tanpa halangan dengan pengawasan guru bertugas.”

Beliau berharap, penjelasannya ini telah menjawab segala persoalan dan memohon maaf sekali lagi atas kekeliruan yang timbul.

Baca : Pelajar Sekolah Rendah Buat Protes Lepas Kantin Hentikan Jualan Susu Coklat

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.