Siapa tak kenal dengan Keanu Reeves aka John Wick pujaan ramai ni? Bagi korang yang mengikuti kisah hidup pelakon popular ni, korang mesti tahu kan yang Keanu dah lama tak ada girlfriend.
Malah katanya, Keanu tak pernah bergambar atau bawa mana-mana perempuan selama 35 tahun dalam kariernya ke karpet merah! Whaat? Seriuslah John Wick!
Keanu Reeves ada girlfriend baru??
Pun begitu, peminat wanita pelakon The Matrix ni nampaknya akan heartbroken lah bila dapat tahu rupa-rupanya Keanu sudah ada girlfriend baru!
Menurut Daily Mail, Keanu pada hujung minggu lepas dilihat berpegangan tangan dengan seorang rakan bisnes bernama Alexandra Grant di LACMA Art + Film Gala By Gucci di Los Angeles.
Keanu yang berusia 55 tahun dan pasangannya, 46, nampaknya tak lepas langsung pegangan tangan masing-masing masa mereka berdua bergambar di hadapan press antarabangsa. Oh tiada rahsia lagilah nI!
Alexandra sebelum ni pernah berkolaborasi dengan Keanu dalam menghasilkan buku Ode To Happiness dan Shadows. Wanita ni juga katanya menghasilkan visual arts buat buku-buku tersebut yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 2016 – yang mana Keanu menulis puisi di dalamnya.
Terdahulu, pernah jugak tersebar gambar Keanu dan Alexandra berpeluk mesra semasa mereka keluar dari Sushi Boulevard di Los Angeles.
Pernah ada kekasih tapi meninggal dunia dalam kemalangan
Bagi yang tak tahu, pelakon A list ni katanya pernah ada crush dengan pelakon wanita, Sandra Bullock.
Namun kisah cinta sejati yang buat Keanu single dalam tempoh masa yang lama ialah bila dia menjalin hubungan cinta dengan Jennifer Syme pada tahun 90-an.
Mereka berdua katanya hampir mempunyai anak bersama pada tahun 1999, namun baby yang bernama Ava ni meninggal dunia ketika dilahirkan pada usia kandungan 8 bulan.
Lebih menyedihkan pada 2001, Jennifer pula meninggal dunia akibat kemalangan selepas melanggar beberapa buah kereta di Los Angeles. Dia baru je berumur 28 tahun pada masa tu. Namun mujurlah kini Keanu dah bertemu cinta hati yang baru.
Habislah heartbroken gadis-gadis kat luar sana ye… Anyway semoga bahagia ye Keanu Reeves!