in

“Saya rasa dikhianati”- Pelakon Sensasi Hollywood Demi Moore Mengaku Dilacurkan Ibu Sendiri Dengan Harga RM2,000

Featured 39

Setiap orang yang sudah menginjak dewasa pasti mempunyai kenangan pahit manis sewaktu zaman kanak-kanak.

Tidak terkecuali pelakon sensasi Hollywood, Demi Moore, 56 tahun yang akhirnya membuka mulut ‘zaman hitam’ yang terpaksa dilaluinya sewaktu zaman remaja.

 

Dilacurkan ibu sendiri pada usia 15 tahun dengan harga RM2,090

Mengejutkan! Apabila pelakon itu mengakui yang dia dilacurkan ibunya sendiri ketika usianya baru mencecah 15 tahun, lapor Harian Metro.

Lebih menyedihkan apabila Demi Moore berkata dia dirogol lelaki yang membayar ibunya sebanyak 500 dollar Amerika bersamaan RM2,090.

1 19
Demi moore bersama ibu dan ayah angkatnya, dan guynes / sumber : harian metro

Menceritakan lebih lanjut, wanita itu berkata ketika usia remajanya, ibunya Virginia King sering membawanya ke bar untuk mencari lelaki.

Katanya kejadia dia dilacurkan ibunya itu bermula selepas mereka sekeluarga berpindah ke Hollywood.

 

“Saya rasa dikhianati bila dilacurkan oleh ibu sendiri…”

Bekas isteri pelakon Ashton Kutcher itu berkata, pernah satu ketika, sewaktu dia pulang ke rumah, diia mendapati dah ada seorang lelaki di rumah tersebut menunggu kepulangannya bagi mendapatkan ‘khidmat’ daripada pelakon itu.

“Saya rasa dikhianat dengan teruk”

Setahun kemudian, pada usia 16 tahun Demi Moore pindah keluar dari rumahnya dan mula menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Nak dijadikan cerita rupa-rupanya bapa kandung pelakon itu dah bercerai dengan ibunya sebelum dia lahir di New Mexico, so dia sedar yang Dan Guyness bukan bapa kandungnya hanya selepas dia menjumpai sijil lahirnya sewaktu dia berusia 13 tahun.

18823080 7494415 Image A 5 1569240464391
Sumber: daily mail

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut rupanya kaki botol malah sampai ke tahap ibunya pernah beberapa kali cuba nak bunuh diri.

Demi berkata, dia pernah menyelamatkan ibunya dari membunuh diri dengan mengeluarkan pil dari mulut wanita itu dengan jarinya.

Bersyukurlah kita lahir dalam keluarga yang bahagia sebab tak semua dari kita dapat nikmati semua tu.

Baca : Ingatkan semua natural beauty. Rupanya.. 10 Aktres Bollywood Terkenal Ni Rupanya Pernah Buat Plastic Surgery!

22