in

11 K-Drama Bertemakan Peguam dan Pendakwaraya Ni Sesuai Untuk Korang Yang Minat Genre Serius

Drama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je pasal K-drama, mesti orang akan ingat drama tentang kisah cinta lovey dovey yang akan buat korang tersipu-sipu senyum sebab banyak scene sweet dan kadang-kadang menangis macam air hujan sebab sedih second hero kena dump! Uhuhu…


Tapi tahukah korang, K-drama genre serius yang bertemakan peguam dan pendakwaraya sebenarnya makin femes di Korea. Ini kami senaraikan 11 drama bertemakan peguam dan pendakwaraya bagi korang yang minat genre serius. Lepas tengok drama ni gerenti nak jadi peguam!

 

1. Punch (2015)

30725742 1633018750127223 5446714264490344448 N
sumber: facebook

Drama lakonan pelakon hot Kim Rae Won ni memang agak heavy, tapi mesej yang nak disampaikan tentang korupsi dan tugas seorang pendakwaraya ni memang padu habis! Punch yang ditayangkan sebanyak 19 episod ni mengisahkan Park Jung-hwan, seorang ketua pasukan penyiasatan anti korupsi untuk Jabatan Pendakwaraya Utama ada masa 6 bulan je untuk hidup sebab hidap tumor otak.

Tapi dalam tempoh masa yang singkat ni, dia kena selesaikan satu kes korupsi melibatkan bosnya sendiri dengan bantuan bekas isteri yang terpaksa dia ceraikan demi mencapai misi terakhir dalam hidupnya. Kalau korang expect nak ada scene romantik, elok elakkan la tengok citer ni! Takut kecewa nanti. 

 

2. Innocent Defendant (2017)

1484595747 Chejhjqbbvy
sumber: blog

Dorang yang jarang tengok K-drama pun akui cerita ni memang best sangat sebab menampilkan plot yang lain dari yang lain! Innocent Defendant mengisahkan watak Park Jung-Woo, seorang Pendakwaraya Seoul yang alami amnesia dan tetiba masuk jel sebab dituduh bunuh anak dengan isteri dia. Lebih merumitkan, Jung-Woo dah pun dijatuhkan hukuman mati dan dia langsung tak ingat yang dia benar-benar buat kesalahan tu ke tak.

Drama ni memang akan buat korang geram je memanjang, ditambah pulak dengan rasa tak sabar nak tahu kebenaran sebenar terungkap. Peminat K-drama must watch tau ni! 

 

3. Remember War Of The Son (2015)

Remembersbs2015 3
sumber: wikidrama

Admin memang salute lah dengan drama Korea sebab dorang berjaya buat sebuah drama berdasarkan penyakit yang jarang kita dengar. Remember War Of The Son lakonan Yoo Seung-ho sebagai Seo Jin-woo ni mengisahkan seorang lelaki yang alami penyakit Hyperthymesia yang mana dia ada sindrom susah lupa sesuatu kejadian dan akan ingat every perkara dengan detail pada setiap hari. Wow!

Dengan kebolehan superb ni, Jin-woo cuba bantu untuk buktikan ayahnya tidak bersalah selepas lelaki tu dituduh sebagai pembunuh. Tapi yang jadi masalahnya, perjuangan Jin-woo macam tak berbaloi sebab lepas tu tetiba pulak dia terkena penyakit Alzheimer. Aduhai kesian!

 

4. Misty (2018)

201802021023482915
sumber: blog

Masih rasa K-drama tak cukup tanpa elemen cinta? Haa kisah ni mungkin sesuai untuk korang yang suka genre romance-thriller. Ia mengisahkan tentang hidup seorang pemberita bernama Go Hye-Ran yang memang work hard dalam selesaikan tugasnya. Tapi tak disangka-sangka Hye-Ran terlibat pulak dalam kes jenayah dan dia jadi suspek utama dalam kes tu.

Namun nasib baiklah suami Hye-Ran, Tae-Wook ni seorang peguambela. Dalam pada usaha menyelamatkan isterinya dari kes bunuh, dia jugak sekali lagi jatuh cinta dengan Hye-Ran dan cuba pertahankan perkahwinan dorang. Emmm so sweet! 

 

5. Suspicious Partner (2017)

Suspa 1
sumber: blog

Mungkin masa awal-awal part cerita ni, korang akan ingat drama ni macam K-drama lain yang ada scene sweet-sweet antara hero dengan heroin. Tapi rupa-rupanya drama ni pasal kes pembunuhan yang berat! Ia mengisahkan Noh Ji Wook lakonan Ji Chang Wook yang bertugas sebagai pendakwaraya kena selesai satu kes misteri tentang pembunuh yang hilang ingatan. Adoi dah membunuh, kena amnesia pulak!

Tapi apa yang buat cerita ni lebih thrill ialah masa dorang tengah menyiasat kes, pembunuh ni tetiba target nak bunuh dorang semua! Adoiyai! 

 

6. While You Were Sleeping (2017)

While You Were Sleeping1
sumber: soompi

Tampilkan kes berbeza pada setiap episod, drama While You Were Sleeping ni mengisahkan seorang wanita lakonan Bae Suzy yang boleh tengok perkara buruk yang akan menimpa kat orang lain dalam mimpinya. Dengan bantuan sorang pendakwaraya lakonan Lee Jong-suk, mereka cuba sedaya upaya untuk halang mimpi buruk wanita tu dari jadi kenyataan.

Ramai di antara peminat K-drama mengakui cerita ni antara drama yang paling best ditonton, tambahan pulak ada soundtrack yang menarik.

 

7. Return (2018)

Misc
sumber: allkpop

Jarang sebenarnya K-drama ada episod yang banyak. Tapi drama Return ni berjaya jugak tarik perhatian penonton dengan 38 episod dan membawa tema pembunuhan dan penyiasatan yang berat! Ia mengisahkan satu kes pembunuhan yang berlaku kat lebuh raya dan suspeknya ialah orang yang berpengaruh di Korea Selatan. Kes high profile ni kemudian diambil alih seorang peguam wanita demi pertahankan suspek yang merupakan kawan kepada sahabat baik dia kat sekolah.

Tapi kes ni bukan kes biasa-biasa. Lagi lama korang tengok, lagi banyak perkara terungkai melibatkan corruption yang berlaku kat Korea. Wuuu menarik ni! 

 

8. Witch’s Court (2017)

1507872798
sumber: blog

Mengambil tema jenayah seksual terhadap wanita, Witch’s Court mengisahkan Ma Yi Deum, seorang pendakwaraya yang ditempatkan dalam unit jenayah seksual. Demi memenangi kes yang dia handle, Yi Deum sanggup lakukan apa sahaja sampaikan ia melanggari batas undang-undang yang tak sepatutnya. Ni termasuklah guna serangan peribadi, buat bukti dan sumpah palsu demi menang kes. Fuh extreme ni! 

 

9. Reset (2014)

Interest Me 20140919 100006
sumber: daum

K-drama genre crime-thriller ni agak menguji otak korang dengan misteri dan plot yang penuh dengan twist. Ia mengisahkan tentang pendakwaraya, Cha Woo Jin yang kehilangan first love bernama Seung Hee. Tapi lepas 15 tahun berlalu, dia bertemu pulak dengan Jo Eun Bi yang mirip dengan cinta pertamanya tu. Pertemuan Eun Bi dengan Woo Jin merungkai macam-macam peristiwa misteri melibatkan satu kes jenayah. Kalau korang nak relax-relax je tak nak guna otak untuk berfikir, cerita ni mungkin tak sesuai untuk korang.

 

10. Whisper (2017)

15 400
sumber: blog

Sapa yang tengok K-drama Whisper ni mesti jatuh hati dengan pelakon Lee Bo Young dan Lee Sang Yoon kan? Ia mengisahkan tentang kerjasama seorang detektif dengan hakim untuk membongkar korupsi kat firma guaman Taebaek, firma guaman yang terbesar kat Korea Selatan. Wuish! Dengan susunan plot dan twist yang menarik, penonton takkan rasa bosan tengok 17 episod drama nih!

 

11. I Can Hear Your Voice (2013) 

10011088 H Pc L
sumber: blog

Tak macam K-drama yang lain, I Can Hear Your Voice ni ada plot cerita yang sangat unik. Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Park Soo Ha yang ada kebolehan membaca kata hati atau fikiran orang lain selepas terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa ayahnya.

Lepas 10 tahun, Soo Ha bertemu dengan Jang Hye Sung, seorang peguam yang tak berapa berjaya. Bantuan Soo Ha kepada Hye Sung memulihkan reputasi kerjayanya dalam bela kes-kes orang yang tak berkemampuan. Rugi kalau korang tak tengok gandingan Lee Jong Suk dan Lee Bo-young ni tau!

Amacam dah bersemangat nak marathon K-drama? Boleh jadi pendakwaraya dan peguam dah lepas tengok semua series ni. Haha!

Tak lama lagi akan keluar K-drama baru tajuk Suit ala-ala siri Hollywood tu. Yang ni korang mesti tengok! 

Baca: Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni

Kd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.