in

10 Tahun Kerja Tapi Tak Pernah Dapat Gaji – Bekas Pekerja GISBH

Gisbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu melibatkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nampaknya masih belum reda kerana selepas lebih 400 orang kanak-kanak diselamatkan dari rumah anak yatim milik GISBH baru-baru ini, satu lagi pendedahan telah dibuat oleh bekas pekerja GISBH turut mengejutkan ramai pihak.

Dalam satu temu bual bersama TV3, bekas pekerja GISBH yang telah bekerja dengan syarikat itu selama 10 tahun mendakwa bahawa dia tidak pernah menerima gaji meskipun bekerja dengan syarikat itu sepanjang tempoh tersebut.


Memetik laporan Berita Harian, bekas pekerja itu mendedahkan bahawa syarikat tersebut menggunakan satu sistem bayaran di mana dia akan dibayar sekitar RM50 dan RM100 seminggu.

Namun, bayaran sedemikian hanya diterima sehingga 2013 sahaja kerana pada 2014, dia mengatakan dia sudah mula bekerja sepenuh masa namun tidak diberikan gaji.

Menurutnya, syarikat itu hanya memberi tempat tinggal dan makan serta minum sahaja.

Artikel berkaitan: Kecoh Pendedahan Isu Rumah Amal Eksploitasi Kanak-kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB

Artikel Berkaitan: “13 kanak-kanak dil*wat, usia 2 tahun diasing keluarga” – Pendedahan Polis Mengenai Penghuni Rumah Amal GISB

Difahamkan, ada pekerja lain juga yang turut menerima nasib yang sama sepertinya.

Individu ini kemudiannya memutuskan untuk berhenti kerja dengan GISBH dan membawa kes tersebut ke mahkamah buruh.

5 2

Difahamkan, mahkamah telah memerintahkan pihak GISBH untuk membayar sebanyak RM23,100 kepada bekas pekerja itu sebagai sebahagian daripada tuntutan kes pada 8 September lalu.

Untuk makluman, syarikat GISBH kini sedang disiasat pihak polis tentang dakwaan penderaan dan ekploitasi kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian, YouTube Buletin TV3 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.