Seperti yang korang semua tahu, walaupun hanya beberapa negeri sahaja masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rentas daerah atau negeri masih lagi dilarang.
Malah, kalau nak rentas negeri, kita perlukan surat kebenaran dari pihak berkuasa dan alasan yang diberikan perlu perlu kukuh.
Bagaimanapun, baru-baru ini video geng selebriti media sosial “berseronok” di Kelantan kerana menghadiri majlis kahwin rakan mereka tular di media sosial . Eh boleh ke ni?
“How can they rentas negeri”
Dalam video yang tular itu, dapat dilihat juga mereka berkumpul bersama kawan-kawan lain tanpa memakai pelitup muka mahu pun melakukan penjarakan sosial.
Menerusi laman Instagram influencer tersebut dapat dilihat yang mereka sebenarnya pergi ke Kelantan untuk menghadiri majlis kahwin rakannya dan sempat juga jalan-jalan di area tersebut.
“Orang lain ada yang ahli keluarga meninggal dunia tak dapat rentas negeri.”
Ekoran dari ini, ramai netizen menyatakan rasa tak puas hati mereka lebih-lebih lagi ramai yang tak dapat kebenaran untuk pulang ke kampung atau merentas negeri atas alasan yang lebih munasabah.
Mungkin dorang ada penjelasannya kot?
Baca: Langgar SOP, Shuib & Siti Sarah Kena Kompaun Sebab Makan Melebihi 2 Orang Satu Meja