in

Zed Zaidi Kongsi Video Pelaku Pukul Kamal Adli Dicekup

Collage 31

Macam yang korang tahu, baru-baru ini pelakon Kamal Adli telah diserang semasa menyertai Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura.

Ekoran ini, Kamal telah mengalami kecederaan parah di kepala sehinggakan lelaki ini terpaksa menjalani pembedahan. Namun begitu, dia dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini sedang bergantung pada ubat-ubatan.

“Ini orang yang pukul Kamal Adli!”

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi telah memuat naik video menunjukkan lelaki yang didakwa memukul Kamal Adli itu telah dicekup oleh orang ramai pada hari yang sama.

Dalam video tersebut dapat dilihat orang ramai telah menangkap lelaki berkepala botak dipercayai pelaku itu. Lelaki tersebut turut dilihat mempunyai kesan darah di kepalanya.

https://www.instagram.com/p/Cpywdr4BGdZ/

Menerusi kapsyen, Zed Zaidi telah mengucapkan tahniah kepada orang-orang di sana yang berjaya menangkap suspek tersebut serta mengharapkan agar pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

Untuk pengetahuan korang, semalam Mahkamah Singapura telah memerintahkan lelaki berusia 33 tahun, Muhammad Nabil Rasid untuk direman selama dua minggu dan menjalani ujian psikiatri selepas pendakwa raya meminta tertuduh untuk menjalani pemeriksaan mental.

Selain itu, cota besi yang digunakan untuk memukul Kamal Adli juga turut dirampas oleh pihak polis di sana.

 

Baca: “Yang ketuk saya sorang je, jgn gaduh2” – Kamal Adli ‘Update’ Keadaan Terkini, Sempat Titip Nasihat

Collage 27