Bukan sekadar hadiah yang boleh disimpan sebagai kenangan, sebaliknya hadiah perkahwinan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Itu antara inisiatif murni yang dilakukan Team Bass Official (TBO) buat Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Perkara itu dikongsikan menerusi media sosial kelab peminat itu yang memaklumkan bahawa salah satu hadiah perkahwinan buat pasangan merpati dua sejoli itu ialah wakaf telaga air untuk penduduk kampung di Guinea.
Menurut TBO, pembinaan telaga itu diuruskan dengan bantuan pempengaruh Fila Amir dan suaminya, Adama.
Menerusi hantaran yang sama, TBO turut memuat naik rakaman video menunjukkan penduduk berterima kasih di atas sumbangan telaga tersebut.
“Masa dapat video ni, kami tanya dekat Fila kenapa makcik ni macam marah-marah?
“Fila jawab, tak lah dia tak marah, dia bagi ucapan kesyukuran dekat semua yang wakaf, dia sangat berterima kasih sebab bagi telaga air ni,” tulisnya.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Balik dah ada anak & isteri sambut kat rumah” – Netizen Tumpang Gembira Tengok Kehidupan Baharu Syed Saddiq
Artikel berkaitan: Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz
Dalam pada itu, TBO memaklumkan video penuh akan dikongsikan kemudian, manakala rakaman awal itu dimuat naik terlebih dahulu untuk berkongsi momen berkenaan dengan orang ramai.
Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang berterima kasih kepada TBO serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan wakaf telaga air berkenaan.
Rata-rata mereka mendoakan agar usaha murni itu menjadi amal jariah dan pahala yang terus mengalir buat semua penyumbang, selain berharap Syed Saddiq dan Bella Astillah sekeluarga sentiasa dilimpahi kebahagiaan.

Sumber: Threads
