“You still cheated on me!” – Sedutan Video Filem Filipina Gambarkan Perasaan Bella Terhadap Aliff?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“You still cheated on me!” – Sedutan Video Filem Filipina Gambarkan Perasaan Bella Terhadap Aliff?

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Kemelut pertikaian antara Bella Astillah dan Aliff Aziz berakhir apabila kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Bella pernah dianggap bodoh oleh pelbagai pihak kerana kekal bersama Aliff walaupun telah berkali-kali mencuranginya.

IG Story gambarkan perasaan Bella?

Simpati dengan nasib yang menimpa ibu kepada Mohamad Ayden Adrean, ramai yang berharap agar Bella tabah dan terus teguh berdiri walau apa yang telah berlaku.

Dalam pada itu, Instastory yang dimuatnaik Bella menarik perhatian netizen apabila ia seolah-olah membayangi perasaannya terhadap Aliff.

Filem kisah ex-BF kaki perempuan

Sedutan filem dari Filipina, My Ex and Whys itu dikongsi semula di Twitter oleh penyokongnya.

Filem berkenaan mengisahkan usaha bekas teman lelaki seorang blogger, yang kaki perempuan dan telah menipunya berkali-kali, untuk mendapatkannya semula.

Sumber: Netflix

Antara dialog yang disebut dalam sedutan pendek video itu adalah:

“That was only one mistake.”
“One, two, three, they’re all the same. You still cheated on me!”
“No matter what I say, I knew I was wrong. I’ve hurt you.”
“You men, you think when you cheat, you ‘just hurt’ us? You play around and you expect us to just cry in the corner? We’ll just sleep off the pain and then we’re okay the next day?”

Pedih tapi ada kebenarannya.

“Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu..”

Bella juga ada memuatnaik IG Story lain yang memetik petikan ayat-ayat Al-Quran pagi tadi.

Sumber: Instagram

Ayat-ayat itu bermaksud, Allah berfirman:

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Surah Al-Baqarah Ayat 216

Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar..”

Surah Al-Nahl Ayat 96

“Cheating is a choice”

Sedih dengan keadaan Bella, netizen turut sama-sama bersimpati dengan perasaan dan keadaan dihadapinya.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Semoga Bella tabah menghadapi dugaan, terutamanya apabila ia berlaku di bulan mulia ini.

Baca: “Don’t worry, saya takkan pisahkan Ayden dgn ayahnya” – Pesanan Terakhir Bella Astillah Buat Aliff Undang Sebak Netizen

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.