in

“Yang tengok pun berderau” – Salute Lelaki Ni! Sanggup Campak Motosikal Demi Selamatkan Bayi Terjatuh Naik Walker

Wlaker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah bagi bayi yang berusia kurang daripada setahun lincah bermain dan aktif bergerak kerana mereka masih lagi dalam proses belajar mengenali dunia.


Oleh sebab itulah para ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak yang masih kecil, bimbang kalau terjatuh atau terlibat dalam kemalangan yang tak disangka-sangka seperti yang hampir berlaku di bawah ini.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang bayi hampir-hampir cedera atau kehilangan nyawa selepas walker yang dinaikinya menggelongsor turun merentasi jalan yang curam. 

Namun mujurlah bayi itu tidak apa-apa selepas dia diselamatkan oleh seorang lelaki berhati mulia yang sedang melalui jalan tersebut dengan menaiki motosikal.

Di dalam video tersebut dapat dilihat lelaki berkenaan bertindak pantas dengan mencampakkan motosikal dan beg galasnya ke tepi sebelum berlari mengejar walker bayi berkenaan dan menahan ia sebelum meluncur dengan lebih jauh lagi. Fuh berdebar min tengok! 

Tindakan lelaki tersebut mendapat pujian netizen yang menganggapnya sebagai hero kepada bayi itu. Hebat betul refleks dia kan. Kalau min mahu terkaku seminit kat situ. 

Sempat

Jagalah anak korang kalau tengah main dengan walker atau di luar rumah. Bahaya tu! 

Baca: “Ini hero kita” – Abang MBJB ‘Terbang’ Tangkap Peragut Terima Penghargaan, Ditawar Kerja Tetap!

Hero

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.