in

“Yang lain semua malaikat” – Zul Ariffin Tempelak Pihak Terlibat Isu ‘Babak Ghairah’

Ft Zul Ariffin Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu memuat naik babak ghairah yang pernah menjadi isu hangat beberapa bulan lepas, Zul Ariffin harini telah dihadapkan ke mahkamah dan mengaku bersalah serta didenda RM 30,000 di Mahkamah Sepang.


Susulan itu, Sinar Harian melaporkan bahawa Zul Ariffin menemplak secara sinis kepada pihak-pihak tertentu bagaimanapun dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

“Yang lain semua terlibat (adalah) malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa” – Zul Ariffin

Screenshot 2022 10 04 124337

Kata Zul Ariffin lagi, dia akan menerima akibat dalam setiap tindak tanduk memandangkan dirinya seorang figura awam.

“Saya tahu salah saya sebab membuat hantaran.”

Tambahnya Zul Ariffin ada memberikan satu nasihat kepada penggiat seni di luar sana terutamanya kepada pelakon agar lebih berhati-hati di media sosial.

Screenshot 2022 10 04 124441

“Juga pengajaran kepada orang-orang atau pelakon lain di luar sana. Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya ‘dibakar’ untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh.”

Zul Ariffin tiba di mahkamah pada jam 8.10 pagi ditemani beberapa individu termasuk peguam untuk menghadapi pertuduhan yang dikemukakan oleh SKMM.

Baca : [UPDATE] Zul Ariffin Mengaku Bersalah Muat Naik Video ‘Babak Panas’; Di Instagram, Didenda RM30,000 

Unnamed File

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.