in

[UPDATE] Zul Ariffin Mengaku Bersalah Muat Naik Video ‘Babak Panas’ Di Instagram, Didenda RM30,000

Unnamed File

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemas kini: Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, atas pertuduhan memuat naik video ‘babak panas’ di media sosial pada Mac yang lalu. Pengakuan itu telah dibuat selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.


Sebentar tadi, Lobak Merah melaporkan pelakon lelaki popular, Zul Ariffin tiba di Mahkamah Sepang pagi tadi selepas didakwa  memuat naik sebuah video kandungan dewasa ataupun aksi babak panas dalam media sosial. Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelakon lelaki yang berusia 36 tahun tersebut dilihat memakai sut kelabu hitam dan pelitup muka itu tiba pada jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam, dan diiringi oleh peguam serta rakan.

Screenshot 2022 10 04 At 9.39.20 Am

Zul Ariffin di mahkamah

Nantikan perkembangan lanjut mengenai pelakon Zul Ariffin yang hadir ke mahkamah untuk didakwa kerana berkongsi kandungan kurang sopan.

Posted by mStar Online on Monday, October 3, 2022

Menurut mStar, kira-kira 10 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk membuat liputan kes pelakon itu.

Sebelum ini, Zul Ariffin dikatakan telah mencetuskan kontroversi dan kecaman netizen apabila bertindak memuat naik ‘teaser’ sebuah drama bersiri. Video tersebut juga turut meraih perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Screenshot 2022 10 04 At 9.26.05 Am

Sebelum ini juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama tersebut.  Video tersebut yang merupakan ‘teaser’ kepada sebuah drama yang dikatakan sepatutnya ditayangkan pada tahun ini di bulan Ramadan yang lepas.

Pelakon terbabit juga telah memohon maaf dan menyesal di atas tindakannya memuat naik video tersebut di laman Instagram peribadinya.

Baca: “Dah get back ke?” – [VIDEO] Zul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Bekas Kekasih

Screenshot 2022 10 04 At 9.22.43 Am

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.