in

Yakin Masih & Boleh Hidup, Ibu Bapa Simpan Jenazah Anak Sampai 2 Bulan

Ft Ibu Bapa Simpan Mayat Anak

Yakin bahawa anaknya itu masih hidup dan boleh hidup semula, ibu bapa dari Desa Plakaran, Jawa Tengah, Indonesia ini menyimpan jenazah remaja 14 tahun itu lebih dari 2 bulan di rumah mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Kampung yang dikenali sebagai Umroni pada Selasa lepas setelah dia dihebohkan dengan kes ada mayat remaja yang diawet di kampung tersebut.

“Orang tuanya masih meyakini anaknya masih hidup dan bisa hidup kembali.”

Jenazah Bocah Di Pemalang Yang Disimpan Di Rumah Akhirnya Dimakamkan 169

Menerusi Detik News, Umroni mengatakan bahawa mayat remaja itu selama ini telah disimpan di dalam bilik rumah mereka yang terletak jauh dari jiran tetangga.

“Disimpan di kamar rumah, jenazahnya. Ya kondisinya sudah seperti itu. Itu pun pihak keluarga masih meyakini masih hidup.”

Meninggal dunia akibat penyakit TB, enggan buat check up sebab…

Kata Umroni lagi, hasil pemeriksaan daripada klinik terdekat mengesahkan bahawa remaja tersebut meninggal dunia akibat penyakit TB (Tuberkulosis) di paru-parunya sejak 6 bulan lalu.

“Menurut pihak medis puskesmas mencatat yang bersangkutan sakit TB Paru sejak enam bulan lalu. Sedangkan hasil pemeriksaan kondisi mayat, diduga sudah meninggal sejak 2 setengah bulan lalu.”

Tambahnya, rekod dari klinik menyatakan bahawa si mati sepatutnya melakukan pemeriksaan bulanan tetapi ia tidak dilakukan sejak tempoh tersebut (2 bulan setengah).

Menurut sumber, difahamkan keluarga jenazah yang dikenali sebagai SAR ini tidak disemadikan kerana difahamkan keluarganya itu ada mengamalkan ilmu-ilmu tertentu.

Bagaimanapun, setelah ada ustaz yang membuat rundingan kepada ibu bapa yang dikenali sebagai Rahmad, 38 dan Prihati, 36 ini, mereka akhirnya bersetuju untuk kebumikan remaja malang tersebut berhampiran di rumah keluarganya.

 

Baca : Penduduk Di Thailand Sangka Temui Mayat Dalam Plastik, Rupanya Hanyalah Lelaki Mabuk Yang Sedang Tidur

F4 Lelaki Tidur