in

Penduduk Di Thailand Sangka Temui Mayat Dalam Plastik, Rupanya Hanyalah Lelaki Mabuk Yang Sedang Tidur

F4 Lelaki Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah juga kita dengar cerita orang tua zaman-zaman dahulu di mana ada orang yang mati hidup semula. Namun, sama ada cerita tu memang berlaku atau hanyalah dongeng yang direka semata-mata, tak dapat dipastikan lah kan kesahihannya sebab cerita macam ni selalunya beredar dari mulut ke mulut.


Namun, di Thailand pula nampaknya kisah ni macam ada persamaan pula sebab baru-baru ini, penduduk kampung di Nakhon Nayok ini telah digemparkan dengan penemuan ‘mayat’ dalam plastik.

Lelaki Mabuk Tidur 3

Menurut The Smart Local, lelaki yang disangka telah meninggal itu ditemui dalam keadaan berplastik berdekatan kawasan tong sampah rumah penduduk di situ.

Penduduk di situ pula kemudiannya telah menghubungi polis dan pasukan paramedik sebab mereka sangka lelaki tersebut telah mati.

Dikenali sebagai Uthai Chumsoongneun, dia yang berusia 62 tahun itu tiba-tiba mengejutkan penduduk sebab tiba-tiba je dia bangun semula.

Lelaki Mabuk Tidur 2

Rupa-rupanya, lelaki itu bukanlah mati sebaliknya hanya tidur di situ semalaman sebab dia mabuk dan tak mampu nak cari jalan untuk pulang ke rumah setelah balik dari rumah kawannya.

Ketika mahu tidur di kawasan itu, dia juga telah menggunakan sehelai plastik untuk menjadi selimut supaya dirinya tak digigit nyamuk.

ชาวบ้านผงะ! เจอร่างคนใส่ถุงในถังขยะ นึกว่าถูกฆาตกรรม ที่แท้คนเมา!

ชาวบ้านผงะ! เจอร่างคนใส่ถุงในถังขยะ นึกว่าถูกฆาตกรรม ที่แท้คนเมา!.เมื่อช่วงเช้าวันนี้ (9 พฤศจิกายน) อาสากู้ภัยสว่างอริยะ พรหมณี ได้รับแจ้งจากชาวบ้านในพื้นที่หมู่ 9 ต.พรหมณี อ.เมืองนครนายก ว่าพบศพถูกใส่ถุงพลาสติกขนาดใหญ่มาทิ้งอยู่ข้างถังขยะในหมู่บ้าน ขอให้เข้ามาตรวจสอบ.เมื่อถึงที่เกิดเหตุเป็นจุดทิ้งขยะพบถุงพลาสติกขนาดใหญ่ ภายในมีร่างมนุษย์อยู่จึงเข้าตรวจสอบ จังหวะที่กำลังเดินเข้าไปต้องตกใจเพราะถุงพลาสติกเกิดขยับจากร่างมนุษย์ที่อยู่ข้างในขยับ จนกระทั่งมารู้ว่าร่างมนุษย์ที่อยู่ในถุงพลาสติกไม่ใช่ศพอย่างที่ชาวบ้านเข้าใจ แต่เป็นชายวัย 62 ปี ที่เพิ่งสร่างเมา หลังได้ดื่มเหล้ากับเพื่อนเมื่อคืนวานแล้วกลับบ้านไม่ไหว จึงอาศัยนอนตรงจุดนี้ โดยใช้ถุงพลาสติกมาคลุมร่างกายเพื่อกันลม กันฝน และกันยุง.https://www.matichon.co.th/region/news_3033078

Posted by Matichon Online – มติชนออนไลน์ on Tuesday, November 9, 2021

Kejadian itu kemudiannya telah menjadi bualan netizen Thailand yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian yang dikatakan agak lucu itu.

Nasib baik dia sempat bangun time orang kecoh-kecoh tu kan. 

Sumber: The Smart Local, Facebook Matichon Online

Baca: “Ni hanya gimik”- Pernah Viral, Lelaki Ini Dedahkan Kenapa Ikan Hidup Semula Lepas Dah Bekukan Itu Perbuatan Zalim

Lelaki Mabuk Tidur 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.