in

“Wow kuatnya dia!” – Tony Fernandes Puji Flight Attendant Dukung Penumpang Air Asia Yang Sedang Sakit Dalam Pesawat

Air Asia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kerja sebagai flight attendant ni sentiasa menjadi idaman ramai, sebenarnya tak ramai yang tahu pekerjaan ni ada macam-macam cabarannya.


Memanglah kerja di awan biru tu best tapi mereka selalu tak ada bersama keluarga dan kena melayan pelbagai kerenah penumpang dari dalam dan luar negara.

 

“Semangat Air Asia bersama orang hebat seperti Tina” 

Namun kalau kita ikhlas dalam pekerjaan dan sanggup buat apa saja demi keselesaan penumpang, tak salah lagilah kalau korang mendapat pujian daripada bos besar sendiri di laman media sosialnya.

Menerusi perkongsian Instagram Tony Fernandes, dia baru-baru ni telah memuji tindakan seorang flight attendant Air Asia yang baik hati dengan mendukung penumpang yang sakit ke kerusinya. Admin yang tengok gambar tu rasa terharu sangat!

 

“Wow kuatnya dia!” 

Posting Tony ini mendapat perhatian netizen ramai yang memuji tindakan pramugari tersebut yang sanggup lakukan apa saja dengan keselesaan penumpang.

Sehingga setakat ni, posting ni dah mendapat 5,000 lebih likes dan ramai yang tak sangka FA bernama Tina ni boleh tahan kuat juga ye orangnya.

Kuatnya Dia
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, ada juga yang risau akan keselamatan staf Air Asia tersebut dalam mengangkat benda yang berat. Mereka suggest mungkin lepas ni, syarikat penerbangan ni boleh sediakan wheelchair buat penumpang yang tak sihat.

Crew
sumber: instagram

Syabas buat flight attendant tersebut yang ikhlas dalam membuat tugasnya. 

Baca: “Mas, apakah kamu merindukan ibu kamu?” – Netizen Terharu Lihat Cara Pramugara Layan Nenek 117 Tahun Dengan Penuh Kasih Sayang

Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.